Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Impian Aku ^_^ Hi semua! Ini ialah Aini/Princess AK/Dreemers Junior Banyaknya nama aku... Hari ini,aku nak cakap pasal impian aku,sejak aku kecik. Masa kecik-kecik,aku selalu berlakon depan cermin atau komputer masa main game.Masa aku tengok tv,aku selalu berangan jadi popular,macam budak yang berlakon dalam tv tu. Dulu,masa kecik-kecik,aku duduk rumah pengasuh aku.Mak aku akan hantar aku pukul 12 tengah hari,ambil pulak pukul 6 petang.Ada lagi sorang yang pengasuh aku jaga,bernama Wafi.Tapi,Wafi tak datang hari Ahad,mak dia cuti.Aku pulak,Jumaat tak datang,sebab mak aku cuti. Jadi,setiap hari Ahad,mesti kerja aku tido dengan tengok TV.Tengah-tengah hari,ada rancangan Melodi.Aku selalu tengok,sebab pengasuh aku masak masa tu sebab abang angkat aku akan balik dari sekolah (abang angkat aku,anak pengasuh aku) Kemudian,aku tengoklah,ramainya orang popular.Aku pun teringin popular,teringin nak jadi penyanyi dan sebagainya.Sampaikan masa aku 3 atau 4 tahun,aku tulis cita-cita aku nak jadi model,mungkin sebab abang kakak aku kata aku comel,mak aku dan mak cik aku pun selalu jugak panggil aku comel,kadang-kadang diorang kata aku macam model,sebab masa tu aku comel dalam gambar (sekarang pun comellah jugak,cuma muka gelap sikit.) Dulu,aku hafal banyak sangat lagu.Aku selalu nyanyi.Aku pun masa umur lima tahun pandai jugak menari.Kakak sepupu aku ajar.Tambah pulak masa tu,K-POP pun memang popular jugaklah.Sepupu aku tu memang minat K-POP.Jadi dia ajar aku menari,dan dia rakam video aku.Dia kata "Comel Ijah menari!" Mak aku pun kata macam tu jugak. Kemudian,masa aku darjah 2 (kot),masa tu ada rancangan Idola Kecil 2.Aku selalu tengok tiap-tiap malam.Aku suka dan minat tengok diorang nyanyi.Yang paling aku minat sekali,Azzam dan Dayana.Aku sokong Azzam dengan Dayana,walaupun aku tak pernah undi diorang.Dan aku terus tengok,setiap musim Idola Kecil,kecuali musim 6. Masa aku darjah 2,aku dah pandai bukak game,main facebook dengan bukak youtube.Masa tu jugaklah,aku kenal dengan Encik Mimpi dan Matluthfi.Kakak aku balik-balik,tunjuk dekat mak aku,video Encik Mimpi 'Price Tag Google Translate'.Aku pun ulang-ulang lagu tu setiap kali aku online dan main game. Mathluthfi pulak,kawan abang aku.Mak aku pun pernah ajar adik dia.Jadi memang kitorang kenallah dengan Mathluthfi (kecuali aku,aku tak kenal sangat,masa abang kakak aku sekolah rendah,aku tak lahir lagi.) Kemudian,setahun lepas tu,aku tetiba tanya dekat kakak dengan mak aku, "Mak,Kak Chah,apa kata kalau adik masuk Idola Kecil,mesti adik popular" Biasalah,budak-budak.Kakak dengan mak aku memang gelak terus.Kakak aku kata aku nyanyi tak delah sedap sangat.Mesti masa masuk ujibakat,terus tersingkir. Sejak itulah,aku mula kenal ramai vlogger dan blogger.Aku teringin nak jadi blogger dan vlogger,macam Encik Mimpi.(EM jadi idola) Aku dapat inspirasi nak buat blog ni pun,daripada Encik Mimpi dan abang aku sendiri.Nasib baik kawan aku boleh ajarkan. ^_^ Abang aku pun ada blog,tapi aku lupa nama dia.Aku selalu tengok dia tulis,tapi bila aku duduk tepi dia je,dia terus bukak facebook,sampai aku pergi. Antara vlogger yang aku kenal adalah Encik Mimpi,Shazreen Fazlynda,Aman Wan,mathluthfi dan MrTheAllShared.Aku minat sangat diorang. Blogger...Aku tak kenal sangat.Tapi ada satu blog yang aku pernah baca,Kakimotong.Macam bestlah jugak. Aku teringin nak jadi vlogger,tapi memang aku tak pandai edit mengedit video nih.Aku tak reti nak main gitar macam Encik mimpi,sebab abang aku pernah ajar,main gitar,lagu Naruto,Blue Bird.Terus aku lupa. Adoiii... Susahnya~ Dan sekarang,impian aku untuk berlakon,tercapai.Walaupun baru sekali masuk TV,dan bakal masuk TV nanti,tapi aku tetap puas hati.Terima kasih Mummy! ^_^ (Mummy adalah makcik aku ^_^ ) Aku jugak selalu perasan sorang-sorang,terutama sekali kalau duduk sorang-sorang.Sebab aku akan nyanyi lagu yang Encik Mimpi cover/tulis,sambil perasan tengah buat konsert.Erkk,perasannnn~ Dan aku jugak selalulah masuk persembahan nyanyi atau menari kat sekolah.Aku minat dan aku memang muka tak malu.Hoho.. Kemudian,aku sedar.Kenapa mesti nak popular,sedangkan artis dan penyanyi yang popular tu,macam banyak gila tekanan diorang.Fitnah sana sini,masalah duit tak bayar,masalah dengan pengarah dan lain-lain.Aku yang menengok pun stress,apatah lagi si artis tu. Jadi kesimpulan dari cerita di atas adalah,kalau popular,jangan lupa diri.Kalau tak popular,adalah hikmah disebaliknya~ Love, Princess AK Credits! |