Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Mr Arrogant Vs Encik Mimpi Hai korang! Hari ni aku nak share dengan korang,satu cerpen yang superb gila ! Credit to : Kak Yana ! ^^ Seorang Dreemers yang bagi aku seriously berbakat gila . ^^ Kay ~ Bacalah cerpen ni and hayatinya :)
HUJUNG MINGGU sememangnya cukup membosankan bagi pelajar IPT seperti aku dan rakan-rakan serumahku.Aku yang sedang sibuk menyiapkan manuskrip novel mengerling sekilas ke arah rakan-rakanku.Adila dan Tiara sibuk bermain video game manakala Ismi dan Izyan sibuk pula menyiapkan assignment.Nanie?Entah apa yang dia buat di tingkat atas.Bergayut dengan boyfriend barangkali.
"Dila,Tiara,korang tak bosan ke asyik main game je?Jadilah macam Ismi ke,Izyan ke,okaylah jugak mata aku memandang.." "Shut up you!Aku tengah busy ni.."balas Adila tanpa memandang ke arahku. Geram pulak mendengar jawapannya.Tanganku pantas mengambil bantal kecil disebelahku lantas membalingnya tepat mengenai kepala Adila.Eh,tak sangka aku berbakat!Haha "Yana!Kau tengok aku dah kalah.Urgh!!"marah Adila "So what??"Aku menayangkan muka selamba. Adila pantas mengambil bantal tersebut lantas dibaling ke arahku.Dengan cekap aku menyambutnya.Aku sempat menjelirkan lidah ke arahnya. "Tiara,tolong aku bunuh minah ni!" Tiara terus membantu Adila meneruskan balingan ke arahku.Dua lawan satu?Di manakah keadilan?Aku terus menyorok di belakang sofa. "Woi,apa bising ni?Aku tak feel nak call pakwe.."Tiba-tiba Nanie turun. "Nanie,help me!!"Aku meminta pertolongan Nanie. "Korang main baling bantal tak ajak aku pun..Yana,aku team kau!"Nanie terus turun.Akhirnya aku dapat kawan.Yeah! Kami meneruskan aktiviti membaling bantal,namun ianya terhenti tatkala kedengaran deruman enjin lori yang berhenti di halaman rumah kosong di sebelah rumah sewa kami.Jiran baru ke? Tanpa menunggu kami terus memakai tudung dan keluar untuk melihat siapakah jiran baru itu. "Eh,ada jiran barulah.."ujarku apabila melihat beberapa orang lelaki sibuk mengangkat barang dan dibawa masuk ke dalam rumah kosong itu. "Aahlah..Lelaki ke perempuan?Ke dah kahwin?"Nanie menyampuk. "Isyh kau ni.Kalau lelaki kaulah yang paling suka kan??" Adila menunjal kepala Nanie dengan jari telunjuknya. "Woi,bapak aku bayar zakatlah!" "Wei,senyaplah.Perangai macam budak kecik je.."Ismi yang senyap sedari tadi bersuara. Nanie dan Adila terus terdiam.Sememangnya mereka takut dengan Ismi kerana gadis itu serius orangnya. Tiba-tiba seorang lelaki segak berbaju merah masuk ke perkarangan rumah itu. "Assalamualaikum."sapaku lembut."Baru pindah sini ke?" "Waalaikumussalam.Eh,taklah.Baru nak keluar dari sini.."balasnya acuh tak acuh. "Sindir nampak?Muka je macho,tapi sombong.."mulut Tiara laju menuturkan ayat tersebut. "Encik jangan sombong sangatlah.Mujurlah kami nak tegur.Aish,orang sekarang tak tahu dek untung.."sampuk Adila. "Betul tu!!"Aku,Nanie dan Izyan menyokong. "Encik,kalau setakat muka je macho tapi perangai KO,baik tak payah.."ujar Ismi selamba. Kami terkedu mendengar kata-kata Ismi itu.Hoho!Pedas gila.Selepas itu kami tergelak melihatkan raut wajah lelaki itu yang tampak kemerahan. "Padan muka Mr.Arrogant!!"ujarku lantas menapak masuk ke dalam rumah diikuti oleh rakan yang lain.
*************************
"AMACAM duduk sini?Okay?"Lutfi Hadi pantas menyoal sebaik masuk ke dalam rumah baru sahabatnya.
"Okaylah sangat.Lu tahu jiran sebelah ni siapa?" "Siapa?" "DreEMers der..Nasib diorang tak cam muka macho guwa ni,kalau tak kantoi lah.."balas Amir Rayyan. "Habislah lu..Kot-kot diorang boleh cam muka lu ni.." "Bro,lu sengaja nak takutkan guwa kan.."Amir Rayyan mencampak pen yang dipegang ke arah Lutfi Hadi. Lutfi Hadi sekadar tergelak kecil."Dahlah bro,cepat latihan vokal.Lagi dua minggu gathering tu.Lu nak suara lu jadi suara katak??Guwa pun lari kalau dengar.." "Eh,tak ganggu jiran ke?" "Alah,taklah.Ni lah caranya lu nak elak daripada kantoi.Kalau diorang asyik marah lu je,diorang takkan cam muka lu ni macam muka Encik Mimpi.." Amir Rayyan cuba memikirkan kembali kata-kata sahabatnya itu.'Ya tak ya jugak kan.Aku kena buat budak-budak tu benci kat aku..'desisnya di dalam hati. "Okay.Ada bernasnya cadangan lu.."Akhirnya Amir Rayyan bersetuju.
*************************
"ARGHH!!Awat Mr.Arrogant ni memekak pulak ni??Agak-agaklah.Orang nak tidur pun tak boleh.."Rungutku geram.
"Mamat ni sengaja nak carik pasal.Dia fikir taman perumahan ni ayah dia yang punya..Sesuka hati nak buat bising.."Adila turut merungut. "Wei Mr.Arrogant!Boleh diam tak?!Orang nak tidurlah!"Tiba-tiba Nanie menjerit kuat.Terkejut beruk aku dengan Adila.Serentak itu pintu bilik kami diketuk. "Asal dengan korang?"soal Izyan. "Wei,Mr.Arrogant ni bisinglah.Tension kitorang."jawab Adila. "Betul.Aku kat sebelah pun terganggu.."Tiara mencelah. "Wei,kalau macam ni tak boleh tidurlah jawabnya.Esok ada kelas kot.."ujar Ismi pula. "Mana boleh macam ni.Jom,kita serbu rumah dia.." Rakan-rakanku mengangguk setuju.Masing-masing masuk ke dalam bilik untuk mengambil tudung.Setelah itu kami terus menuju ke rumah sebelah.Nanie dengan selamba menggoncang kuat pintu pagar. "Apa kecoh-kecoh ni??"suara seorang lelaki menegur.Yang peliknya bukan Mr.Arrogant. "Aikk,bukan Mr.Arrogant ke yang duduk sini?Bila masa dia bertukar?"Adila menyoal pelik. "Kenapa ni?" "Hah,keluar pun.Wei Mr.Arrogant,boleh tak senyap sikit.Fikirlah orang lain nak tidur.Yang dok melalak malam-malam buta macam ni kenapa?Mengganggu tahu tak!Nak berangan jadi Encik Mimpi ke apa?!"Tiara terus menghamburkan kemarahannya. "So what??Kisah??" "Kay fine!Just wait and see!"Aku terus menghampiri kereta BMW yang terletak di luar pagar itu.Sebiji batu bata diambil lantas dihentak pada kedua-dua belah lampu belakang kereta itu. "Haha!Padan muka!"Nanie mencebikkan bibirnya. "Marah ke?Kisah pulak kami.."sinis Izyan berbicara. "Jomlah tidur.Eh Mr.Arrogant,kalau nak cermin kereta tu pecah sekali nyanyilah lagi..Bye,goodnight..Sweet dream ya.." Tanpa menghiraukan pandangan mata Mr.Arrogant itu,kami terus kembali ke rumah sewa.Di bibir masing-masing tersungging senyuman sinis.Baru puas hati kami.
*************************
AMIR RAYYAN pantas menghampiri kereta miliknya yang sudahpun kehilangan kedua belah mata belakangnya."Lu tengok apa dah jadi dengan kereta guwa.Ni semua salah lu!"Amir Rayyan mula menyalahkan Lutfi Hadi.
"Hah?Asal guwa pulak yang salah?" "Siapa suruh guwa buat latihan vokal malam-malam macam ni?" "Siapa suruh ikut?Lu yang setuju kan?" "Ewah-ewah.Salah guwa lah ni?" "Dah memang salah lu.."Lutfi Hadi berbicara selamba."Takkan wa pulak yang salah?Guwa tak masuk campur.Hal ni antara lu dengan dreEMers kesayangan lu tu.."sambungnya lagi. "Argh!Tension wa dengan lu ni.."Amir Rayyan terus melangkah masuk ke rumahnya. Lutfi Hadi mengikutnya daripada belakang. "Menyesal guwa ikut cakap lu.Kalau guwa tahu jadi macam ni,guwa tumbuk-tumbuk muka lu macam sambal belacan.Lu pandai sangat suruh wa buat bising sebab nak budak-budak tu benci kat wa,tapi last-last kereta guwa yang jadi mangsa.Lu nak bayarkan?" Lutfi Hadi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu mendengarkan leteran Amir Rayyan.'Adui,pak cik ni dah mula bebel macam mak nenek..'hatinya mengomel. "Lu dengar tak apa guwa cakap ni?!"soal Amir Rayyan lantas membaling bantal kecil ke arah Lutfi Hadi. "Dengarlah.Lu ni asyik nak bebel je.Tak penat ke?Guwa yang mendengar ni pun dah penat tau.Cubalah cool sikit,ni tak.Asyik nak angin je.Ni bukan Encik Mimpi cool,tapi Encik Mimpi baran.You know that?" "Lantaklah EM cool ke,EM baran ke,guwa nak lu bayar sekali repair kereta tu.." "Hah?"Lutfi Hadi sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan."Yalah,guwa bayar."akhirnya dia mengalah.Nak berbalah dengan Amir Rayyan memang dia aje yang kalah. "Macam tulah kawan baik guwa!"Amir Rayyan mengangkat ibu jarinya seraya tersengih. Lutfi Hadi sekadar mencebik.Di dalam hati hanya Allah yang tahu.
*************************
"ASSALAMUALAIKUM korang!"
Aku yang sedang duduk melepak bersama rakan yang lain menoleh apabila mendengar sapaan berikut. "Eh,Syasya!Kitorang ingat kau dah habis study kat sini!!"ujar Hanis Areyan,rakan sekampus aku. "Aah.Dah seminggu kau tak de,tetiba muncul pulak hari ni.."Aisha Haneem turut menyampuk. "Aku ada hal sikitlah.."balas Syasya Nadia yang mula mengambil tempat di sebelah Ismi. "Korang ni tak baiklah.Patutnya happy sebab Syasya datang,ni tak.Korang dok perli dia pulak.."Ismi menasihati. "Baiklah ustazah Ismi.Mentang-mentang Syasya kawan baik kau,kau back up lah dia kan.."Nabila Afiqah yang sememangnya suka mencari gaduh mula memerli. "So?Yang kau nak marah ni kenapa?Jeles ke?"soal Tiara bagaikan tidak puas hati. "Entah.Tak memasal.Lantak dialah nak back up sesiapa pun,bukan menyusahkan pun.."Adila pula mencelah. Aku sekadar melihat perbalahan tersebut.Aku sudah mengagak selepas ini pasti berperang.Sememangnya geng aku dan geng Nabila Afiqah tidak pernah sebulu.Ada saje yang nak digaduhkan. "Yang korang melebih kenapa pulak?"Erra Natasha mula masuk campur. "Kawan kau yang melebih tadi.Bukan kitoranglah!!"bidas Nanie. "Dahlah.Yang korang nak gaduh ni kenapa?"Shazreen Ahmad menyoal. "Kau diamlah!!"Nabila Afiqah,Erra Natasha,Tiara,Adila dan Nanie bersuara serentak.Terus terdiam Shazreen Ahmad dibuatnya. "Wei,dahlah!Asal dengan korang ni hah?!Guys,jangan layan minah psiko macam ni.Blah jom!"Aku bangun terlebih dahulu diikuti rakan yang lain. "Hei Yana!Kalau berani jomlah fight game dengan kitorang.Futsal petang ni!"Nabila Afiqah mencabar aku. Aku yang baru mengatur beberapa langkah berpaling ke belakang."Okay.Kita tengok siapa menang dan siapa kalah!" "Kalau geng kau yang kalah,korang tak boleh pergi gathering EM minggu depan!" "Okay deal!"balasku lantas meneruskan langkah. "Wei,gila ke?Macam mana kalau kita kalah?Tak dapatlah pergi gath tu!"ujar Izyan.Rakan yang lain mengangguk. "Relekslah.Kita kan beli tiket,mestilah boleh datang kan.Apalah korang ni."Aku cuba menenangkan rakan-rakanku itu. "Betul cakap Yana tu!"Tiba-tiba Shazreen Ahmad menyampuk. "Eh,bila masa kau ada kat sini?Asal tak geng dengan minah psiko tu??"soal Tiara. "Tak naklah..Diorang semua psiko.." "Kau pun psiko jugak!!"ujar Nanie selamba.Aku dengan rakan lain mula tergelak. "Haha!Lawaklah.."sindir Shazreen Ahmad. "Hah Sya,memandangkan kau datang hari ni aku ada gosip terhangatlah.." "Apa dia?"Syasya Nadia menyoal. "Nilah perempuan,asyik gosip je.." "Kau diamlah!Bising je dari tadi.Nyirap pulak aku dengan kau ni."Ismi mula memarahi Shazreen Ahmad yang sedari tadi asyik menyibuk.Ada jugak yang kena tendang karang. "Kalau kau tak nak dengar kitorang gosip,kau carilah kawan lain.."Adila turut memarahi. "Dahlah,tak payah layan mamat tiga suku ni.Penyibuk antarabangsa.Blah lah kau.." "Sampainya hati korang halau aku.Okaylah,aku tak ganggu korang lagi.Sadisnya,dapat kawan tak berperikemanusiaan.Beginilah nasib,diriku yang malang.Oh Tuhan.."Dalam merajuk,sempat pulak Shazreen Ahmad menyanyi.Sengau pulak tu. Kami terus membuat aksi seakan ingin termuntah.Bertambah cemberut wajah lelaki itu.Kisah pulak kami..hehe "Eh,apa gosip terhangat tu??"soal Syasya Nadia tidak sabar ingin tahu. Aku terus memulakan cerita.Kadangkala rakan-rakanku turut menyampuk.Shazreen Ahmad?Konon nak pergi,last-last dengar jugak gosip kami.Cakap tak serupa bikin langsung.
*************************(no picture ><)
AKU hanya memerhati gelagat rakan-rakanku yang bagaikan cacing kepanasan.
"Wei,korang gelabah sangat ni kenapa?"soalku."Tengok Ismi dengan Izyan,releks je tau.."sambungku lagi. "Memanglah.Diorang tu kaki bangku,tendang bola pun tak pandai.Mana kita nak carik orang wei,team tak cukup ni.."balas Adila.Nampak risau gila. "Entah.Kalau kita kalah nahas kau aku kerjakan!!"Nanie menuding jarinya lurus ke arahku.Eh,main ugut pulak minah ni. "Releks,ada sejam lagi kot.Trylah cari jalan lain.." "Banyak kau punya releks.Ni semua salah kau!Siapa suruh setuju tadi?"Tiara turut menyalahkan aku. Aku mula tercengang.Semua salahkan aku?Hanya Ismi dan Izyan yang nampak steady. "Dahlah,team kita kalah!"Nanie terus melangkah masuk ke dalam rumah.Begitu juga dengan Tiara dan Adila. "Alah,diorang marah sekejap je tu.."Ismi cuba memujukku. "Nanti okaylah tu.." Aku hanya mampu tersenyum Mungkin benar semua ni salah aku.Tatkala mataku terpandangkan kereta yang berhenti di hadapan rumah Mr.Arrogant,idea timbul di mindaku. "Assalamualaikum Mr.Arrogant.."aku menyapa lembut. "Waalaikumussalam." "Mr.Arrogant free tak petang ni?" "Hah?Ada apa?" "Nak tak masuk team saya main futsal?Bolehlah,kami kurang pemain ni.Ada game petang ni..Please.."aku mula menayangkan muka sedih cuba meraih simpati daripadanya. "Betul tu!Kalau menang kitorang janji akan bayar balik duit repair kereta Mr.Arrogant yang rosak hari tu..Help us,please.."Ismi yang sudah dapat meneka apa yang aku lakukan turut menyokong. "Pukul berapa?" Mendengar soalan tersebut membuatkan bibir kami tersenyum."Pukul 5:30 petang ni.." "Okay.Saya siap-siap dulu.." "Thank you Mr.Arrogant.."aku,Ismi dan Izyan serentak mengucapkannya. Mr.Arrogant sekadar tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. "Tiara,Nanie,Dila!Team kita dah cukup oranglah!!"Izyan menjerit gembira. "Betul ke?"soal Adila yang baru keluar.Nanie dan Tiara turut keluar. "Yup.Mr.Arrogant akan tolong kita.."ujarku ceria. "Yana,sorry pasal tadi.Kitorang tak sepatutnya salahkan kau.."tutur Tiara.Nanie dan Adila mengangguk kecil. "Tak apa pun.Yang penting kita mesti menang petang ni.." "Dah boleh gerak?"Sapaan itu membuatkan aku dan rakan-rakanku berpaling. "Hensemnya Mr.Arrogant.Nak main futsal atau nak pergi dating ni?"Nanie menyoal selamba.Mulut minah ni memang tak ada insurans langsung. "Aah.Macam Encik Mimpi.Macho gitu!"sokong Adila. "Err,Mr.Arrogant jangan layan diorang sangat.Mental sikit.."Ismi cuba menenangkan keadaan.Bimbang kalau Mr.Arrogant tarik diri,naya je. "Jomlah.Mr.Arrogant naik kereta sendiri kan?"soalku. "Yup.Saya follow belakang." Aku dan Adila naik kereta Nanie,manakala Tiara dan Izyan naik kereta Ismi.Perjalanan ke padang futsal mengambil masa 15 minit.Setibanya di padang,kami terus mencari kelibat Syasya Nadia dan Shazreen Ahmad. "Wei,asal lambat.Nasib game tak mula lagi.."omel Syasya Nadia. Aku dan rakan-rakan lain hanya tersengih. "Ingatkan nak menyerah kalah tadi.."tiba-tiba Nabila Afiqah datang menghampiri kami. "Aah.Rupanya tak.Boleh menang ke wei?Well,kami ni kan terer.Korang apa ada?"Erra Natasha memerli. "So what?!Takut pulak kami.Sebodoh team kitorang,ada jugak lelaki hensem nak join.Korang ada?Shazreen yang dulunya team korang pun dah pindah kat geng kami.Maklumlah,dia tak nak jadi psiko macam korang.."Izyan turut membalasnya dengan perlian. "Betul!Nampak betapa hebatnya kami.."sambung Adila. "Korang jangan berlagaklah!"bidas Alia Fajrina. "Siapa yang berlagak dulu tadi?"soal Nanie. "Geng kitorang cakap sikit je kan,korang yang lebih.."sampuk Aisha Haneem. "Entah.Berlagak gila.Macamlah dah confirm menang.Poyo!"Hanis Areyan menjelirkan lidah kepada kami.Eh,nak kena potong ke apa lidah tu? "Dahlah,kita nak main futsal kan.Bukan nak gaduh.Sekarang buat perjanjian.Team siapa kalah tak boleh pergi gathering tu."aku menghulurkan tangan kananku. "Okay.."Nabila Afiqah menyambut huluran tersebut. "Dah,start jom!" "Mr.Arrogant,buat betul-betul.Pastikan team kami menang."aku sempat memberi amaran kepada Mr.Arrogant sebelum berlari masuk ke padang. Perlawanan yang mengambil masa beberapa minit itu akhirnya berpihak kepada pasukan aku dan rakan-rakan. "Amacam.Ada berani nak lawan dengan kami lagi?"soal Tiara. "Kami taklah sekejam mana.Kami tak halang korang nak pergi gathering tu.Chill lah.Hmm,okaylah.Dah petang sangat ni.Kitorang balik dulu.Bye.."jelasku lantas mengatur langkah keluar dari padang.Rakan-rakanku turut melakukan hal yang sama. "Mr.Arrogant,thanks bantu team kami tadi.."ujar Ismi sebaik berada di tempat parkir kereta. "Aah.Thank you so much.Kalau tak mesti kitorang kalah."sambung Tiara. "Tak adalah.Korang sendiri yang bantu team untuk menang tadi.." "Ni duit repair kereta hari tu.Actually bukan sengaja nak pecahkan lampu kereta tu,tapi geram sangat dengan perangai Mr.Arrogant tu.I'm sorry.."ujarku lantas menghulurkan sampul surat berwarna coklat yang diambil dari dalam kereta. "Eh,tak payahlah.Tak mahal pun.Korang kan study lagi,so lagi perlukan duit tu.Simpan je.." "Betul?yeah,bolehlah saya beli kek.."Tiara mencelah. "Isyh kau ni,kek je.Badan bulat nanti baru tau.."marah Nanie. "Bulat jangan sebut,nanti ada orang marah.."ujar Shazreen Ahmad. "Sindir aku nampak?Kau dah lama hidup ke?"soal Syasya Nadia.Matanya mencerlung tajam ke arah Shazreen Ahmad yang sedang tersengih. "Relekslah.Gurau je.."Shazreen Ahmad menayangkan lambang peace. Aku dan rakan-rakan lain hanya tergelak kecil mendengar celoteh mereka berdua. "Hmm,okaylah.Saya balik dulu." "Okay.Thanks ya pasal tadi.."ucap Ismi mewakili aku dan rakan-rakan lain. "Assalamualaikum..bye.." "Waalaikumussalam.."kami menjawab serentak. "Eh,tu ke Mr.Arrogant yang kau cerita kat aku tadi pagi??"Syasya Nadia menyoal sebaik kereta BMW milik Mr.Arrogant hilang dari pandangan. "Aah..hensem wei,macam EM.."Shazreen Ahmad mencelah. "Memanglah hensem,tapi perangai annoying gila waktu awal-awal pindah hari tu..Kitorang yang duduk sebelah rumah dia macam nak gila.."balas Izyan. "Tapi tak gila lagi kan.." "Memanglah.Kalau kitorang gila tak adanya kitorang kat sini.Ke korang pun gila?"sangkal Adila. "Hmm,korang.Jomlah balik,dah nak maghrib ni.." Teguran Ismi itu menyedarkan kami yang sedang berborak itu.Jam ditangan dikerling.Hampir pukul 7.00 malam. "Jomlah..See you tomorrow.."
*************************
"WEI,lu pergi mana petang tadi?"
"Lu ada datang sini ke?"soalan dibalas dengan soalan. "Ada,tapi lu tak ada..wa nak hantar pizza ni tadi petang.Maklumlah mood guwa baik hari ni,so guwa belanja lu.."ujar Lutfi Hadi. "Oh,bertuahnya guwa dapat kawan macam lu.Tapi hari ni ajelah..haha..Sebelum ni malang aje.."Amir Rayyan yang sedang menyuap pizza ke mulut tergelak kecil. "Amboi,sedapnya lu cakap..Guwa pun sama malang dapat kawan macam lu ni.."Lutfi Hadi memulangkan paku buah keras. "Asal pulak?Lu beruntung disebabkan lu kawan dengan guwa lah lu dapat tumpang kefemesan guwa tau..Tengok friends lu kat fb,semua fans guwa.Bersyukurlah sikit.."balas Amir Rayyan. "Guwa ambil balik pizza ni.."Lutfi Hadi mengambil kotak pizza yang hanya luak 2 potongan pizza itu. "Alah alah,mana boleh..lu tak kesian ke,guwa tak makan dari tengahari tadi tau.."Amir Rayyan mula menayangkan muka simpati. "Choiih..Macam budak kecik!"Lutfi Hadi meletakkan kembali kotak pizza itu ke atas meja kopi. "Eheh,thank you baby.." "Lu gay ke?Haiyak!!" "Hok aloh,guwa gurau je.." "Eh,tadi petang lu pergi mana?"Lutfi Hadi mengajukan semula soalan yang tidak berjawab tadi. "Owh,guwa join budak sebelah main futsal tadi..sorry,lupa bagitau lu.." "Budak sebelah?Aikk,sejak bila lu baik dengan diorang?"Lutfi Hadi mengerutkan dahi tanda pelik. "Sejak petang tadi lah..diorang mintak tolong guwa join team diorang sebab kurang pemain.So guwa joinlah..And guwa terdengar perjanjian diorang ada kaitan dengan gathering next week.."panjang lebar Amir Rayyan menjawab. "Owh..dreEMers vs dreEMers lah tu eah?" "Ye kot..Eh lu ni,banyak tanya pulak.Guwa nak makan tak feel lah.." "Bengong lah lu ni!"
*************************
"EM!!"
Encik Mimpi yang sedang duduk di sebuah kerusi menoleh tatkala terdengar namanya dipanggil.Dilihatnya sekumpulan remaja perempuan menghampirinya.Dan dia cukup kenal dengan remaja perempuan tersebut. "EM tengah free kan?Kitorang nak bercerita sikit.Bak kata orang gosip gitu.." "Sebelum tu kami kenalkan diri.Saya Tiara.Yang nampak alim tu Ismi dengan Izyan.Yang baru bercakap dengan EM tu Nanie.Yang tembam ni Adila dan yang paling pendek tu Yana.." Encik Mimpi sekadar tersenyum.'Tak payah bagitau,dah kenal pun..'bisik hatinya. "Captain tahu tak jiran kami a.k.a Mr.Arrogant mirip muka EM.Tapi perangai dia taklah.EM sporting,mamat tu menyakitkan hati je.."Adila mula bercerita. "Aah.Pastu ada hati nak jadi macam EM,dok melalak tengah malam.."sambungku. "Tapi kalau dia pakai topeng and berdiri dengan EM confirm kami tak cam mana satu EM mana satu Mr.Arrogant.."Ismi turut bercerita. "Iye ke?owh,pelanduk dua serupa kot.."balas Encik Mimpi. "Maybe lah..Eh,captain..kami nak bergambar dengan captain..boleh?"Izyan terus menukar topik perbualan. "Lah,tu je ke awak semua nak cerita?" "Kitorang tak nak memburukkan orang lain.."jawab Tiara. "Kitorang kan baik macam captain.."ujarku selamba. "Yeke?Saya lagi baik kot.."Encik Mimpi memuji dirinya sendiri. "Yelah captain..Jom selfie.."Adila mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan. Encik Mimpi terus membuat gaya macho.Apabila kumpulan remaja perempuan itu pergi,Encik Mimpi mengeluh perlahan.'Aihh,apa seyh aku boleh dengar diorang kutuk aku tadi.Sabar jelah..'Encik Mimpi bermonolog sendiri. "Asal bro?Haha,mesti diorang kutuk lu tadi kan.."Lutfi Hadi mengambil tempat di sebelah sahabatnya. "Tau tak pe..sabar jelah.." "Wei,masa rehat dah habis..Dah,naik pentas balik.."Lutfi Hadi menepuk bahu Encik Mimpi. Tanpa menunggu Encik Mimpi bingkas bangun dan berjalan naik ke atas pentas. "Assalamualaikum..Macam mana makanan yang saya tempah?Enak bangat kan?" "Best captain!!" "Okay,now saya nak nyanyi lagu Definisi Persahabatan.Saya nak dreEMers semua nyanyi sekali.Bak kata orang macam koir.Boleh tak dreEMers yang comel macam captain?" "Boleh!!" #Saat Pertama Bertemu Ku Yakin Kaulah Teman Yang Kucari Selama Ini Kau Hulurkan Senyumanmu Antara Kita Terjalin Sebuah PERSAHABATAN Masa Terus Berlalu Kita Tetap Bersama Hadapi Suka Duka Kita Berdua Walau Badai Menimpa Ku Kan Tetap Setia Hadapi Semuanya Bersama Kamu Senyuman Jelas Terukir Saat Bersenda Kadang Hati Pernah Terguris Suasana Ceria Bila Kita Bersama Mungkin Ini DEFINISI PERSAHABATAN Halatuju Dan Impian Harapan Dan Cinta Kita Berbeza Tidak Mengapa Moga Mimpi Kita Semuanya Akan Menjadi Nyata Bukan Khayalan
*************************
"MANA Mr.Arrogant eah?Dah seminggu tak nampak dia.Dah pindah ke?"soal ku ketika melepak di anjung rumah bersama rakan-rakan.
"Takkanlah.Tak nampak pun angkat barang.."balas Tiara. "Betul tu.Pergi bercuti kot.."sampuk Nanie. Sedang aku berborak bersama rakan-rakan,mata kami terpandangkan kereta BMW milik si Mr.Arrogant. "Hah,panjang pun umur dia.."ujar Izyan. Kelihatan Mr.Arrogant keluar dari kereta bersama rakannya. "Hai Mr.Arrogant.."Adila menyapa lembut. "Hai.Buat apa kat luar ni?" "Tunggu Mr.Arrogant lah.Pergi mana?Seminggu tak nampak.."jawab Ismi.Semenjak Mr.Arrogant menjadi jiran kami,Ismi mula berubah menjadi peramah.Nampak maju.Haha.. "Owh..Ada kursus luar negeri..Kenapa tunggu saya pulak?" "Sebab lama dah tak gaduh dengan Mr.Arrogant.."balas Tiara. Mr.Arrogant yang mendengar jawapan itu hanya tergelak. "Hah,tak ada oleh-oleh ke untuk kami?"aku menyoal selamba. "Tak ada.Tak cukup duit.." "Isyh,kedekutnya.."omel Nanie. "Adalah.Sekejap ya?"Mr.Arrogant terus membuka boot kereta.Dikeluarkan beberapa beg hadiah. "Nah.Sorang satu.." Aku dan rakan-rakan menyambutnya dengan gembira. "Thanks Mr.Arrogant!"ucapku gembira.Rakan-rakanku turut mengangguk. Kemudian kami terus masuk ke dalam rumah.Tak sabar nak bukak hadiah.Hehe.
*************************
"AMBOI,baik benar lu dengan budak-budak tu.."ujar Lutfi Hadi lantas menyiku lengan Amir Rayyan.
"Lah,salah ke?Sepanjang guwa tinggal sini,diorang je yang rapat dengan guwa walaupun selalu kena buli..Dah macam adik guwa sendiri.."balas Amir Rayyan. "Jangan sampai kantoi bro.Lu kantoi,guwa pun kantoi.." "Dan kalau lu kantoi,guwa jugak kantoi.." Mereka gelak bersama sebelum masuk ke dalam rumah.
###### TAMAT ######
The End and bye ! :)
Love,
Princess AK . The Dreemers Junior. Always Dare To Dream, Be The Star Labels: Cerpen, Encik Mimpi, Kak Yana, Mr Arrogant Credits! |