http://picasion.com/gl/4E3Q/

Princess AK
Princess AK, who?

Click the image below for stuff, diaries, linkies, and my biodata .



Diaries Owner Linkies What I have

Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back!


Leave your footprint!


Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!


Hari Kebebasan Sementara

gif maker

  Jadi semalam adalah hari kebebasan daripada Ujian Pengesanan Februari 2015~ Sebab tu la nama dia 

Hari Kebebasan Sementara
 Kalau hari kebebasan mutlak sekolah rendah ialah, 10 September iaitu di mana selepas aku selesai menghantar kertas soalan dan jawapan kepada guru pengawas yang mengawasi pemeriksaan pada hari tersebutt. Woah, kalaulah aku boleh buat ayat sepanjang ni untuk Bahagian A. 

   Untuk meraikan hari ini, aku nak ~ 


  • Menulis entri tentang minggu ini
  • Melancarkan beberapa segmen di blog
 Dah arrr tu, yang lain tak yah la cerita kann :P 

  So, aku nak bagitahu la kenapa aku tak online :) Sebabnya ialah ~~~ 


Nak fokus study untuk exam.

  Daripada pukul 12 malam Jumaat, sehinggalah pukul 2 petang hari Khamis. Tapi tula, study sangatkann. Walhal, masa kertas soalan tengah dok edar tu baru aku nak belek buku :P 

   Apa aku buat hari hari lain tu? Meh kita baca :D 


JUMAAT

 9:00 pagi
   Aku kemas rumah pepagi, tapi tula, sambil kemas rumah sambil berangan. Tak ke kerja yang setengah jam tu jadi 3 jam? Kan? 

 1:00 petang

 Aku dengan semangat yang berkobar kobar, mengambil buku latihan dan nota subjek English, dan membacanya. Selang 5 minit kemudian, aku tertidur dengan jayanya. Salah aku jugak la kan, sape suruh kau baca sambil menelentang atas katil. Kan dah tertidur sampai pukul 7 malam, dah bazir masa dah kat situu..

8:00 malam

  Aku belek belek je buku English tu. Tengok gambar . Then ambik phone main game. Ambik tab pasang lagu. Pukul 10, tidur :P 

SABTU

   Aku dah malas nak study. Ambik novel, baca. Then malam, tengok Anak Kelima dengan Diva kat TV 9. Pukul 11 tidoo :P

AHAD


 Sunday is 'hari paling buruk' for me. Gilalah! Kita mula dengan 6:30 pagi.

6:30 pagi

 Bangun lewat lagi!! Mampus akuu, dah la kena naik pentas sebagai pengiring konduktor. Kalut kalut pergi mandi, susun buku dalam beg, then poff! Masuk dalam keta and terus vroommmm ke sekolah 

7:00 pagi

 Aduh! Masalah blazer pulak!! Berebut dengan AJK Tertinggi Pengawas Pusat Sumber, sebab diorang diwajibkan pakai blazer. Blazer yang ada actually cukup cukup untuk : 


  •   Penaik bendera (seorang)
  • Pembaca doa (seorang)
  • Pengerusi majlis (dua orang)
  • Konduktor (Enam orang)
 Tu pun terpaksa share share, means bila giliran dia penaik bendera habis, bagi dekat konduktor pulakk..



SKTB mendidik kitaa ~
Untuk mencapai cita cita!
Majulah semua majulah bersaammaaa
Bertekun Jaya!
(Blazer di sekolahku)

  Kelam kabut cari blazer, tapi yang ada semua besar besar. Guru besar dah nak sampai tapak perhimpunan dan lagu dah nak dimainkan. Konduktor dah selamat berdiri atas pentas, kitorang yang jadi pengiring ni la terhegeh hegeh kat belakang.

 Beberapa minit kemudian, pabila Encik Zamuri , guru besar yang dihormati sudah tiba di tempat duduk beliau, lagu Negaraku terus dimainkan.

  DAN, untuk menambahkan perisa dramatik, *cehwah* tetiba ada masalah muzik. Aku pun, tertoleh ke arah guru di sebelah kananku yang memberi isyarat agar meneruskan nyanyian tanpa muzik. Lantas aku mencuit rakanku, kerna ku sangka dia juga menunggu muzik dimainkan. Sekali, rupanya dia terus conduct dan aku rupanya syok sendiri. Merahh mukaku ini hukhuk. Sekali baca macam ayat karangan pulak -.-



  8:15 pagi

  Tiba tiba, setelah tamat perhimpunan rasmi pada hari Ahad, terdengar pengumuman yang mengatakan pengawas sekolah dipanggil ke surau. Selesai menyusun kasut dan berlumba masuk ke surau sebab nak duduk depan sekali, tiba tiba, cikgu kata, pengawas kena pergi ke kelas kelas untuk memastikan mereka sentiasa senyap dan diam sebab cikgu cikgu ada taklimat. 

   Lalu aku pun pantas mendaki tangga, cehwah! ke tingkat empat di mana kelas ku terletak. Aku jaga kelas aku sendiri :D Senang~ Aku terlihat beberapa pengawas berada di dalam kelas, lalu aku mengarah mereka pergi ke kelas yang telah ditetapkan sementara aku melepaskan lelah.

  Tak sampai 10 minit aku duduk, tiba tiba seorang murid datang dan cakap,


Cikgu Zaity suruh turun pi bilik Kemahiran Hidup  la ni jugak.
 Nak melawan, tak boleh. Kami bergegas ke tingkat 1, di mana bilik Kemahiran hidup terletak. 10 minit menanti, Cikgu Zaity masih tak kunjung tiba. Kami bersila di koridor.  Cuma ada aku dan seorang pengawas yang turut bersama ku. Pengawas yang lain lesap entah ke mana. 



Ali dan Amir dulu seteru,
Sekarang mereka sahabat baik,
Syahirah manis berbaju biru,
Bersama teacher yang terbaik! :D 
  Tiba tiba, Cikgu Zaiton melintas di hadapan kami yang duduk bersila. Woi woi, dah arr, penat aku buat ayat karangan ni. 



Ni hang pa tunggu apa ni?? Sampai dok bersila bagai. Berkelah ka?
// Ngeeee, kami tunggu cikgu Zaity :D//


Ohhh, eh? Bukan pengawas duk dekat surau ka??

  //Aku dah kata dah Syahirah!! Tak caya tadi! Terima kasih cikgu! Kami pi dulu!// 

  Aku and Syahirah pun berlari menuju ke surau. Tengok tengok, perghh, berderet kasut hitam! Memang sah semua ada kat surau. Cepat cepat tanggalkan kasut and susun kat rak bila nampak cikgu Badan Pengawas dah berlegar legarr di luar surau :P 

 Sambil mulut tak berhenti membebel, aku masuk ke dalam surau. Seisi surau menoleh ke belakang, memandang dua pengawas yang lewat. Hukhuk, penolong ketua pengawas sendiri lewat. Kejam betul ketua pengawas ni, tak bagi tau orang pun huhu. 


   Cepat cepat duduk di barisan depan sekali. Mendengar dengan tekun nasihat daripada cikgu disiplin. Dan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula mengambil alih dan memberikan teguran. Antaranya : 


Lain kali kalau berlaku masalah muzik macam tadi, teruskan nyanyian. Terus conduct. Tak payah dok cuit cuit kawan macam tadi. Kalau kamu pun sebagai pengawas dok gelabah biawak, budak budak biasa ni semua gelak dekat kamu. 

  Adeh! Kena lagi! 
Image result for embarrassed




    Kemudian, upacara penerimaan name tag 'Pengawas' dan buku nota untuk laporan dan mencatat kesalahan murid. And next, upacara pemakaian name tag yang dibuat secara berpasang pasangan :D 

  Dan bersurai. TAPI, AJK Tertinggi kena bergambar hukhukhuk. Terpaksalah berapat rapat dengan ketua pengawas. Tak pasal je kena gosip, kononnnya aku ni suka dekat ketua pengawas. Tapi dia tu bukan pondan ke? -,- Aku ni dahla anti pondan, geli geleman aku. 


  Tapi aku ambik kesempatan untuk mengusik balik hikhikhik :P Ada sorang AJK perempuan kena berdiri sebelah AJK lelaki :P Pakat leerr dengan ketua~ Balas dendam balas dendam hohihohihohi :P Lantas kami terus naik ke kelas, tak mahu terlepas pelajaran Matematik/

9:45 pagi

  Dalam keheningan pagi yang tak berapa nak pagi, dan dalam kekhusyukan melakukan latihan, tiba tiba terdengar suatu suara. 



MOHD RIFAEI! MANA BUKU?! NI KENAPA TAK SIAP? KENAPA SALAH LAGI JAWAPAN? KAN SAYA DAH SURUH BETULKAN! 1+1 12? PANDAINYAA!!!! Siapalahhhhhhhh lantik kau jadi pengawas?! Buku tak pernah lengkap! Semua kerja tak siap !!! 


  Cikgu Salina mengamuk! Semua yang tadi masih bebas berbisik sana sini kini terus menikus. Semua berfikiran sama, mahu menyorok bawah meja. Cikgu Salina masih lagi membebel. Belum reda lagi telinga yang berdesing, Cikgu Salina mengamuk kembali.


NURUL ALYA! Kerja tak siap boleh sembang lagi?! DUA SOALAN PUN LAMBAT SANGAT KE NAK SIAP?! SIAPKAN KERJA NI CEPAT! 

  Tiba tiba, loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Cikgu Salina masih merenung murid 6 Taat. 20 saat berlalu, perut masing masing mula berbunyi. Nak bangun tak berani, takut kena lagi. Semua masih kaku di tempat duduk. Cikgu Salina pun bangun dan melangkah keluar. Selepas yakin keadaan selamat, barulah beberapa orang bangun dan bergegas ke kantin.

   Dah beli nasi dan air masing masing, kami mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Bersembang sesama sendiri.

 //Eh cepatlah! Ada solat Dhuha!// Aku mengerling jam tangan Durra sambil menggesa Nurin supaya makan dengan cepat.


Hari ni mana ada solat Dhuha. Kan ustaz dah habaq. Ahad dengan Khamis takdak solat Dhuha.
//Bukanlah! Ustaz kata bacaan pagi ja takdak hari Ahad!// Aku membidas.



Afiqah kata tak dak. Aku tanya dah tadi. 
  //Okaylah kalau camtu, aku salah la kot.// Aku pun bangun dari tempat duduk. Mahu meletakkan pinggan di dalam besen. Ku sangka, ustaz pesan kepada Afiqah supaya memberitahu murid darjah 6 bahawa hari ini tiada solat Dhuha.

  Aku pun mengajak Nurin pergi berlatih chess di bilik guru. 


Image result for chess



  Selepas 10 minit kami berlatih, tiba tiba, Husnina berkata


Weh, tadi aku tengok, ramai budak pi surau. Ada solat dhuha la kot!! 
//Mana ada! Bohong ah!// Nurin membalas. 


Tak caya sudah! Jom Durra!
Husnina dan Durra melangkah keluar.


10:14 pagi

  Liana dan Dina masuk ke dalam bilik guru. Bilik guru itu cuma didiami oleh Cikgu Arshad. Cikgu Arshad pula sudah hilang entah ke mana.


Weh! Tadi aku nampak Cikgu Asri marah budak lelaki Tahun 6. Depa semua masuk surau weyh.


 Aku memandang Nurin dan Afrina. Masing masing mula kecut perut. Tapi mengenangkan masa yang cuma tinggal seminit sebelum loceng berbunyi, kami cuma duduk di dalam bilik itu. 


//KRING!!//
 "Jom naik kelas! " Aku mengajak mereka naik ke kelas.
"Tunggula weh, nanti kantoi!" Liana menahan ku dari keluar. Dia meninjau surah dari jauh, terlihat kasut bersusun di atas rak. 

  Masing masing sudah mula agak, memang tak boleh pergi. Kami pun buat mesyuarat mencari alasan yang logik di tangga berhadapan dengan bilik guru yang agak kecil itu. Aku cuba untuk pergi ke surau, namun ditahan oleh rakan rakanku. Tiba tiba, terdengar suara cikgu disiplin. Kami pun menyorok di bilik itu kembali.
    Setengah jam berlalu, kata sepakat masih belum dicapai. Tiba tiba, Cikgu Salina turun. 


Buat apa kat sini? Kenapa tak masuk kelas?
 Sunyi.


Aik? Soalan takdak jawapan.?

  Kami tersengih. 

Akhirnya, kami mengambil kata putus untuk masuk ke kelas dan pura pura tak tahu. Sebaik masuk di dalam kelas, kami bertanya di mana murid Tahun 6. Cikgu Salina merenung kami tajam. And then, dia pantas menyuruh kami mencari murid Tahun 6. Menuruni tangga paling hampir dengan surau, perjalanan asyik terhenti. Masing masing tak berani. Merentasi dewan yang tak seluas mana, kami masih lagi ragu ragu.


   Masing masing terus mengubah hala tuju kaki dan pergi ke bilik kaunseling, bertemu Cikgu Fackry yang paling sporting sekali :P Meminta nasihat dan kata semangat, sambil bersembang ala ala Mak Jemah datang melawat sementara menunggu murid Tahun 6 keluar dari surau. Siap duduk bersila di koridor! 


  Keberanian mula meresap dalam hati. Melihat Tahun 6 semuanya sudah naik ke kelas, kami pantas masuk ke dalam surau bertemu ustaz. Mujur tak dimarahi atau disebat. 



Ustaz tak marah, cuma kamu tak boleh buat macam ni. Kesian kawan kawan kamu kena sekali. Jangan buat macam ni dah. Sebab kamu semua la kawan kawan kamu kena beletiaq.
  Kami tersengih sebelum meminta diri. Terfikir jugak 

Yang ustaz pergi ceramah depa sekali tu dah kenapa? Sampai sejam pulak tu! Kami pun tak pasal pasal jadi pelarian. Kesian kat kami. Hurmmm ~  
  Tapi diam jela kan, kang kena lagi tak pasl jee.
3:00 petang.


 Sampai saja di rumah, aku terus mandi dan settlekan homework. Bila malam, terus tido. Makan pun tak sempat hikss. 

ISNIN

As always, busy dengan homework yang dah macam Gunung Everest, so takdak mood nak baca buku.

SELASA


Busy busy busy! Hidup sebagai Tahun 6 memang busy! Erghhhh -_-

RABU

Hollah! Hari pertama periksa. Senang dan kacang :D Andddd ~ Ada kokurikulum! Means? Ada aktiviti persatuan dan permainan! Seharian penat di sekolah, balik balik rumah terus tido. Set alarm pukul 3:00 pagi konon nak study. Tapi,,, tak bangun pun. Off alarm and tidur balik.

KHAMIS


  Bahana tersilap baca topik, aku pun pening pening ayam nak jawab soalan Sains. Nasib baik English senang bak makan biskut :P 

Pada malamnya, aku dapat berita, TGNA meninggal dunia. Allah, ku fikir sekadar khabar angin sepoi sepoi, rupanya betul. Terkejut. Alfatihah untuk TGNA.

  


NEXT TOPIC

  Ingat lagi cerpen ' Mr Arrogant Vs Encik Mimpi' ? What? Tak ingat and tak tahu pun? Ciss, kejam betul korang ni. Mr Arrogant Vs Encik Mimpi hah, tu lah dia :D 

  Nama penulis dia ialah, Kak Yana! :D Aku pun konfius gak nama dia apa.. Ngeeee~ 

Aku tetiba terfikir nak lancarkan segmen~ 


Ceremim ;Cerita Encik Mimpi by Kak Yana
  Di mana , setiap kali Kak Yana post kan cerpen tentang EM, aku akan copy paste kan di sini~ Yeah! Sebab kan, aku rasa dia punya cerpen macam best gila. Actually, semua orang buat best, aku buat je tak best, kikikiki. 

Segmen seterusnya

  Ianya lebih mengenai sekolah :P Iaitu


I am the Young Doctor!




Puteri Islam Lambang Cahaya Islam

Chess is my style 

  I am The Young Doctor : 

 Young Doctor tu adalah Doktor Muda. Kelab Doktor Muda :) Pernah dengar? Ada sekolah yang ada kelab ni, ada jugak yang tak de :) So, entri tentang I am the Young Doctor akan diupdate setiap hari Sabtu, jika ada aktiviti Doktor Muda pada minggu itu :) 

Puteri Islam Lambang Cahaya Islam :

  Tahu tak, unit uniform Puteri Islam? Alahh, yang pakai baju kaler pink, ada jugak yang pakai baju kurung :) 


 So segmen ini akan menceritakan tentang unit uniform Puteri Islamlah, juga pada hari Sabtu! :D 


Chess Is My Style :

  Nama segmen ni diambik daripada seorang ahli EXO, tapi aku tak ingat nama dia apa. Aku bukan minat sangat kpop ni, kikiki. 


  Segmen ni akan menceritakan tentang chess :D Ataupun bahasa melayunya ialah catur wehehehe ~

 Antaranya ialah, pengenalan buah buah catur, teknik ituu teknik ini dan sebagainya ^__^ 



Teacher's Day Mega Project!  

 Aku akan tulis entri pasal cikgu cikgu aku :) Walaupun ada cikgu yang umur dan nama penuh dia  pun aku tak tau, kikikiki. 

Okeh, so tu je la kot. Panjang macam jala dah entri aku ni. Bubye~ 

AND THE LAST ONE IS~

Remember and sing it! :D 
  Ini pulak segmen lirik lagu :P Korang nampak tak playlist yang panjang berjela tu? Nampak? Nampak tak? So aku akan sharelah lirik lagu lagu yang ada tu kat sini. Antaranya, lagu 150 Juta, Abah Emak, Akhir Nafasku dan Ayo Tinggalkan Dia. :) 


Al'fatihah.
Love,
Princess AK.
Always remember Allah and Rasulullah. 


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Princess AK