http://picasion.com/gl/4E3Q/

Princess AK
Princess AK, who?

Click the image below for stuff, diaries, linkies, and my biodata .



Diaries Owner Linkies What I have

Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back!


Leave your footprint!


Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!


DreEMers vs DreAGers

gif maker

"WOI!Bangun!"Lutfi Hadi menggoyangkan badan Amir Rayyan yang masih berselubung di dalam selimut.

"Dah pagi ke wei?"soal Amir Rayyan dengan suara yang serak.Rockers gitu.

"Eh,taklah..Dah malam.Tidurlah..Tak payah bangun dah eah.Tidur tidur.Nak aku dodoikan ke?"sindir 
Lutfi Hadi selamba.

"Aku tanya betul-betul ni.."

"Aku jawab betul lah ni.Tu,nampak tak bulan kat atas langit.Ke kau rabun?"

"Isyh,bebel je kau ni.Satu hari tak boleh ke buat hidup aku tenang?"marah Amir Rayyan sambil 
menenyeh bebola matanya.Badannya mengeliat ke kiri dan kanan.

"Bla bla bla.Kau bangun sekarang sebelum ombak pukul muka macho kau ni.Bangunlah!"

"Aiseyh,macam mak nenek.Kalau aku tau aku tak teman kau kat rumah ni.Memekak je..Kau dengan radio tak ada beza dah,pot pet 24 jam.."bebel Amir Rayyan yang baru turun dari katil.Dalam keadaan mamai Amir Rayyan berjalan menuju ke bilik air.

Dum!
"Auchh..sakitnya.."Amir Rayyan mengaduh sakit.Apa taknya,langgar pintu bilik air.

"Padan muka!Balasan!"

Amir Rayyan menayangkan muka marahnya apabila Lutfi Hadi berkata sedemikian.

"What?Pandang aku macam nak makan orang.Kebulur ke?"

"Blah lah kau.Poyo!"

"Kau lagi poyo.Dahlah tak gosok gigi.."ujarnya perlahan.

"Kau cakap apa?"

"Mana ada cakap apa.Aku tengok buah kelapa jatuh atas bumbung jiran sebelahlah.."seloroh Lutfi 
Hadi sebelum melangkah keluar dari biliknya.

"Banyaklah buah kelapa jatuh.Aku baling kelapa kat muka kau baru tau.."bebel Amir Rayyan lantas masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

*************************


LUTFI HADI mengerling sekilas ke arah Amir Rayyan yang sedari tadi asyik menghadap laptop.Sepatah perkataan pun tak keluar daripada mulut lelaki itu.


"Wei,asal senyap semacam ni?Selalunya kau banyak mulut.Ni mimpi apa tetiba baik semacam?"soal Lutfi Hadi.

"Tak ada apalah.."balas Amir Rayyan dengan nada cukup perlahan.

"Kau ni kenapa?Tadi pagi okay je.Ni asal muka macam tempe basi?Kau datang sini nak teman ,aku atau semata nak hadap laptop tu je?"Lutfi Hadi mula bosan.Ingin saje dimarahi Amir Rayyan ketika itu.

Amir Rayyan mula mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah Lutfi Hadi.
"Aku peliklah.."

"Pelik apa?"

"Asal aku rasa macam peminat aku selama ni dah lari kat kau.Diorang lagi minat kau dari aku.."

Berkerut dahi Lutfi Hadi mendengar kenyataan berikut."Dah tu kenapa?Bukan salah aku pun.Manalah aku nak tau semua tu.."

Amir Rayyan mengeluh kecil.

"Kau marah aku ke?"Lutfi Hadi menyoal.

"Taklah.Just pelik je.."

"Alah,takkan pasal tu je kot..Lagi pun aku tak ada suruh diorang minat kat aku.."

"Tak payah tipu lah Di.."tiba-tiba Amir Rayyan berkata sedemikian.

Semerta berubah riak wajah Lutfi Hadi.'Tipu?Siapa tipu?'soalnya di dalam hati.

"Siapa DreAGers?DreEMers untuk aku,and DreAGers untuk siapa?"

"Wei,aku saje je buat nama dreAGers tu.Tak niat apa pun.."

"Dah tu asal tiap kali tulis status kau mesti kaitkan aku?Nak ambil perhatian diorang?"

Lutfi Hadi mengeluh kecil."Kau asal ni?Selama ni okay je.Takkan pasal hal ni kau nak marah sangat kat aku?Kita kawan dah lama kan.."Lutfi Hadi berusaha menenangkan rakannya itu.

"Kawan makan kawan?Macam tu?"sinis Amir Rayyan menyoal.

Terkedu Lutfi Hadi mendengar ayat yang dilemparkan kepadanya."Now kau nak tuduh aku?Kau ni kenapa?Takkan pasal ni nak gaduh kot..Jangan jadik budak-budaklah.."

"Kay fine!"Amir Rayyan terus menutup laptopnya lantas bangkit dari kerusi.Lelaki itu terus sahaja menuju ke kereta miliknya.

"Mir,kau marah ke?"

"3 bulan,we're nothing!"balas Amir Rayyan dengan nada tegas.

"What?!Wei gila ke?"marah Lutfi Hadi.

"DreEMers or DreAGers?Kita bertaruh dalam masa tu.Wait and see!"Amir Rayyan terus sahaja masuk ke dalam perut kereta.

Lutfi Hadi meraup wajahnya.Dia sekadar melihat kereta BMW milik rakannya itu meluncur di jalan raya.

*************************


"ASSALAMUALAIKUM.Mr.Arrogant!!"Tiara menjerit kuat.Aku dan rakan lain hanya mendiamkan diri.


"Waalaikumussalam.."terdengar suara lelaki menyahut."Eh,ada apa ni?"

"Sorry ganggu..Sebenarnya kami nak bagi pizza ni.Tadi ada orang suruh bagi kat Mr.Arrogant.."jawab Izyan sambil menunjuk ke arah kotak pizza yang berada di tangan ku.

"Siapa eah?Saya kenal orangnya?"

"Entah.Kawan Mr.Arrogant kot.Dia pakai mask tadi,so kitorang tak cam muka dia.."giliran aku menjawab.

"Mr.Arrogant nak ke tak pizza ni?Tak nak kami makan karang.."tiba-tiba Nanie menyampuk.

"Yes.Saya sokong 900%.."Adila turut menyokong.
"Jomlah makan sama-sama.."

Mendengar pelawaan itu,tanpa segan silu aku dan rakan-rakan menapak masuk ke dalam rumah.Tapi sekadar duduk di kerusi batu yang tersedia di halaman rumah itu.

Dan dengan selambanya Tiara membuka kotak pizza itu."Jom makan!"pelawanya. Ceh,macamlah pizza dia.Haha!

"Boleh tak bagitau ciri-ciri orang yang bagi pizza ni tadi?"

"Kitorang tak ingatlah..Yang kitorang tau dia lelaki.."balas Ismi.

Aku mengangguk setuju."Yup.Sebab dia tak pakai tudung pun.."balasku selamba.

"Woi,tak semua perempuan pakai tudunglah.."sangkal Adila sambil menunjal kepalaku.

"Entah.Lagi pun orang tadi memang lelaki,tak ada kaitan dengan tudung pun.."Nanie mencelah.
Aku menggosok kepala yang baru saje ditunjal.Sakit!

"Err,korang makan dulu.Saya nak masuk sekejap.."

"Nanti keluar bawak air tau.Hauslah.."ujar Tiara sambil tersengih.

Mr.Arrogant a.k.a Amir Rayyan sekadar senyum sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Amir Rayyan mencapai telefon bimbit yang sedang dicas itu.Terdapatnya satu pesanan ringkas.Tanpa berlengah dia terus membuka mesej tersebut.

Harapannya hampa apabila mesej tersebut bukanlah daripada orang yang ditunggu.Tanpa membalas mesej yang diterima,Amir Rayyan meletakkan kembali telefon bimbitnya di tempat asal. Bebola matanya sempat menjengah ke luar rumah,memerhati gelagat jirannya yang sedang menjamu pizza itu.

"Pizza?Hadi ke yang hantar tadi?"soalnya sendiri.
Membiarkan soalan tanpa jawapan itu,Amir Rayyan mengatur langkah ke arah dapur.

*************************


KETENTERAMANNYA sedikit terganggu tatkala terdengar suara jeritan adik-adiknya.Begitulah keadaannya setiap kali dia pulang ke rumah orang tuanya.Terpaksa melayan kerenah adik-adiknya yang banyak songeh.Kalau adik lelakinya dia tidaklah kisah sangat kerana adiknya itu cool orangnya.Tapi adik-adik perempuannya yang pelbagai ragam.


Tanpa berlengah Lutfi Hadi terus keluar dari biliknya dan menuju ke ruang rehat yang terletak berhadapan dengan biliknya.

"Ira,Ina,kenapa ni?Dari dalam abang dah boleh dengar suara korang tau.."

"Ina ambil cadburry Ira..Ira nak makan,dia main rampas je.Lepas tu makan tak tinggalkan Ira pun.."Syaqhirah yang berusia 13 tahun itu mengadu kepada abangnya.

"Ina,kenapa buat kakak macam tu?"Lutfi Hadi menyoal lembut adik bongsunya itu.

"Ina nak makan je.."balas Syaqinah dengan suara perlahan.

"Mintak elok-elok dengan kakak,tak nak rampas macam tu.Ina kan baik..Mintak maaf dengan kakak,nanti abang bagi cadburry besar punya..Nak?"

Pantas Syaqinah menganggukkan kepalanya.Gadis kecil itu terus sahaja meminta maaf kepada kakaknya.

"Ina je ke dapat cadburry?Ira nak jugak.Dahlah cadburry Ira kena makan dengan Ina."ujar Syaqhirah.
Lutfi Hadi hanya tersenyum kecil."Dua-dua dapat sayang..Jom,ikut abang.."

Syaqhirah dan Syaqinah bingkas bangun dan mengikut langkah kaki abangnya.
"Banyaknya cadburry.."hampir serentak Syaqhirah dan Syaqinah bersuara tatkala abangnya itu 
membuka laci meja kerja.

"Ni abang Amir bagi kat abang tapi abang tak makan sangat..Tadi gaduh sangat kan,makan puas-puas.Jangan buat sepah kat bilik abang sudahlah.."

Lutfi Hadi tersenyum melihat telatah adik perempuannya yang sedang menikmati coklat cadburry itu.
"Abang nak?Ina suapkan.."soal Syaqinah yang sudahpun menyuakan kepingan cadburry ke mulut abangnya. Lutfi Hadi terus membuka mulutnya.

"Abang,kenapa dah lama abang Amir tak datang jumpa kitorang?Selalunya kan dia ikut abang balik sini.."Syaqhirah memandang lama ke arah wajah abangnya.

Lutfi Hadi memandang ke arah lain apabila soalan tersebut diajukan."Err,dia busylah Ira.."

"Abang Amir kan artis,mestilah busy.Kan bang?"Syaqinah turut mencelah.

"Aah,betul cakap Ina tu.."

Syaqhirah mengangguk faham."Nanti abang balik KL kirim salam abang Amir tau.."

Lutfi Hadi hanya mampu mengangguk.Sungguh dia memohon janganlah adiknya itu menyoal lebih banyak tentang Amir Rayyan kerana sudah hampir sebulan mereka tidak berhubung selepas peristiwa yang berlaku di rumah sewanya bulan lepas.

*************************


"ASSALAMUALAIKUM.Izhan,ada apa call aku ni?"soal Lutfi Hadi sebaik menjawab panggilan yang diterima.


"Waalaikumussalam.Di,mana Amir?Dah seminggu tak datang office.Aku call tak jawab pun.."

"Hah?Seminggu?Err,aku pun tak tahu lah.."Lutfi Hadi menjawab.

"Kau kan kawan baik dia,takkan tak tahu kot?Bos dah bebel lah.Nanti kau pergilah rumah dia..Kot-kot dia sakit ke..Nanti kau bagitau aku.."

"Okay.Lepas ni aku pergi.Tak payah risaulah.."balas Lutfi Hadi.

"Okaylah,aku nak sambung kerja.Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Sebaik talian dimatikan,Lutfi Hadi termenung sejenak.

'Amir tak datang kerja?Dia sakitke?'bisik hati kecilnya.

Lutfi Hadi yang tadinya ingin menyiapkan laporan hariannya terus membatalkan niatnya itu."Ain,adik saudara awak kerja tak beberapa hari ni?"Soal Lutfi Hadi kepada Ain Haniza yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Dah seminggu dia tak kerja.Kawan doktor kata tak payah datang.."Mendengar penjelasan itu membuat Lutfi Hadi tidak tenteram.

"Eh,saya keluar sekejap tau.."

"Tapi.."belum sempat Ain Haniza menghabiskan ayatnya,kelibat Lutfi Hadi sudah hilang dari pandangan.

Lutfi Hadi memandu laju keretanya menuju ke rumah Amir Rayyan yang terletak tidak jauh dari hospital tempat kerjanya.

Pintu pagar rumah yang tidak berkunci menambahkan kebimbangan Lutfi Hadi ketika itu.Begitu juga dengan pintu utama rumah.Sebaik masuk ke dalam rumah,Lutfi Hadi terus mencari kelibat rakannya itu.

"Amir!Amir!"jeritnya kuat.Namun tiada sebarang sahutan.

Lutfi Hadi pantas mendaki anak tangga menuju ke bilik Amir Rayyan di tingkat atas.Pintu bilik dikuak perlahan.

Tatkala itulah matanya terpandangkan sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil.

"Amir?Kau okay tak?"Lutfi Hadi bertanya apabila menghampiri katil tersebut.Matanya tidak lekang melihat wajah pucat rakannya itu.Dilekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Amir Rayyan.

"Panasnya.."gumamnya perlahan.Tanpa menunggu Lutfi Hadi sibuk mencari sapu tangan kecil di dalam almari milik Amir Rayyan.Sapu tangan itu dibasahkan sebelum dilekapkan ke dahi Amir Rayyan.

"Hadi?.."Amir Rayyan yang baru sedar itu terus menyebut nama Lutfi Hadi.

"Mir,aku kat sinilah..Asal boleh demam ni?Asal tak call aku?"soal Lutfi Hadi bertalu-talu.
Amir Rayyan hanya tersenyum tetapi senyumannya itu nampak begitu hambar dek kerana wajahnya yang pucat itu.

"Aku tengah sakit pun kau nak bebel ke?"

"Aku risaulah.Tadi PA kau call aku,then aku terus ke sini.Dengan pagar tak kunci,makin risaulah.Kau ni pun,lain kali call aku.Ni senyap je.."

"Aku tak nak susahkan kau.."balas Amir Rayyan.

Lutfi Hadi mengeluh kecil mendengarkan jawapan yang diberikan oleh rakannya itu."Kau rehatlah.Aku turun sat,buat makanan.Jangan turun,stay sini.Tunggu sampai aku naik..Faham?!"

Amir Rayyan mengangguk kecil.

Lutfi Hadi terus keluar dari bilik.Dia segera menapak ke dapur untuk menyiapkan makanan buat Amir Rayyan.

Setelah hampir setengah jam berada di ruang dapur itu,barulah dia selesai memasak.

"Opocot!"Lutfi Hadi melatah kecil apabila tiba-tiba sahaja Amir Rayyan berada di ruang dapur itu."Kau ni degillah.Aku suruh stay kat atas kan,yang kau turun kenapa?isyh,sakit pulak hati aku ni.Degil.Sekarang duduk kat ruang tamu cepat!"arahnya lantas menarik tangan Amir Rayyan agar mengikutnya ke ruang tamu.

"Duduk!"arahnya lagi.Amir Rayyan sekadar mengikut arahan tersebut.

"Jangan bangun!Aku ambil makanan kat dapur jap.."sejurus itu Lutfi Hadi berlalu ke ruang dapur.Tidak sampai 5 minit lelaki itu sudah muncul semula di ruang tamu itu sambil menatang dulang.Diletakkan dulang itu di atas meja kopi berhadapan dengan Amir Rayyan.

"Makan cepat!Karang melarat pulak sakit tu.."

"Kau ni,dari tadi asyik mengarah aku je.Jaga orang sakit kenalah cakap baik sikit,ni nak marah je.Silap-silap boleh mati orang tu.Kau ni doktor main-main ke apa?Macam doktor tak dapat degree pun.."giliran Amir Rayyan pula yang membebel walaupun dalam keadaan sakit.

Lutfi Hadi menayangkan muka selambanya."Makanlah,bukan suruh bebel..Sakit tak sakit sama je,kuat bebel.."

"Eh,ada jugak yang makan mangkuk ni karang."Amir Rayyan yang baru menghirup sesudu sup ayam itu menjeling tajam ke arah rakannya yang dari tadi asyik membebel macam orang meroyan.

Buat seketika mereka lupa akan pertaruhan yang dibuat sebulan lepas.'We're nothing!'.Ungkapan itu bagaikan sudah hilang dalam ingatan masing-masing.

*************************


"ASSALAMUALAIKUM.."


Amir Rayyan yang sedari tadi sibuk menghadap telefon bimbitnya mendongakkan kepala apabila sapaan berikut menerjah gegendang telinganya.

"Waalaikumussalam..Duduklah Di.."

Lutfi Hadi yang baru melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Amir Rayyan memandang sekeliling.Itulah restoran kegemaran mereka berdua.

Pandangannya kemudian beralih ke wajah rakannya."Ada apa jumpa kat sini?"

"Lah,macam tak biasa makan berdua dengan aku kat sini.Kau ingat aku nak date dengan kau ke?"

"Tanya je,tu pun nak bebel ke?"Lutfi Hadi menggumam perlahan.

"Kau cakap apa?"

"Mana ada cakap apa-apa.Tu hah,cantik baju cashier tu kan.."Lutfi Hadi menjawab sambil tersengih.

"Di,ada sebab aku nak jumpa kau kat sini.."

"Erkk,kau nak lamar aku ke?Sorrylah,aku lelaki tulen okay.."

Tidak semena Amir Rayyan mengetuk kepala Lutfi Hadi menggunakan sudu yang ada di hadapannya membuatkan rakannya itu menyeringai sakit.

"Ingat aku gay ke?Tengok muka kau pun tak selera tau.."

Lutfi Hadi mencebik."Macam aku selera tengok muka kau.Choihh.."

Suasana berubah senyap secara tiba-tiba.Lutfi Hadi yang tiada idea untuk dibualkan mengalih pandangan ke arah lain.Berasa kekok pula dengan suasana sebegitu.

"Di,aku nak mintak maaf dengan kau.."Amir Rayyan bersuara setelah hampir seminit sepi mengisi ruang.
Pandangan Lutfi Hadi terus terhala tepat ke wajah Amir Rayyan.

"Mintak maaf?Kenapa pulak?"

"Pasal pertaruhan yang aku buat.Aku tak tahu macam mana aku boleh angin time tu.Tiba-tiba aku rasa tercabar.Dan jugak pasal aku cakap kau kawan makan kawan tu,aku mintak maaf eah?Aku tak sepatutnya cakap macam tu kat kau sedangkan selama ni kaulah kawan baik aku.Aku menyerah kalah.Sekarang baru aku sedar kau orang penting dalam hidup aku..Aku rasa sunyi gila sepanjang kita tak bertegur tu,setiap kali tengok pizza aku ingat muka kau.."jelas Amir Rayyan panjang lebar.Kini dia sedar kesilapan sendiri.Kerana ego menguasai diri,dia hampir kehilangan seorang sahabat yang sungguh penting dalam hidupnya.

"Kau tak salahlah.Lagi pun aku tak anggap pertaruhan tu ada.Kau tau aku tak on facebook lepas pergaduhan tu.Lagipun salah aku jugak.."

"Kau nangis ke wei?"soal Amir Rayyan.Dia dapat lihat dengan jelas mata sahabatnya itu seperti digenangi air.

"Mana ada!"Lutfi Hadi menafikannya.

"Tipu lah kau..Dah tu asal mata berair?"

"Habuk je masuk mata tadi.."

Jawapan itu membuatkan Amir Rayyan tergelak."Habuk apanya,kita dalam restoran ada aircond,bukan restoran tepi laut..Jawapan klise.."

"Kaulah,buat aku touching siapa suruh?Kau tahu kan jiwa aku lembut.."

"Okaylah Di..Eh,kau tak nak makan ke?"

"Tak nak.Nanti aku kena belanja kau.."

Sekali lagi Amir Rayyan mengetuk dahi rakannya itu dengan sudu yang sedia ada di tangannya.

"Adehh..Sakitlah..Kau ni dah kenapa,asyik nak ketuk kepala aku je.."Lutfi Hadi merungut sambil 
mengusap dahinya yang diketuk itu.

"Tu balasan kepada jawapan kau yang menyakitkan hati.Ingat aku pokai ke tak boleh belanja kau.."

"Yelah,kau belanja tapi aku yang kena bayar nanti.."

"Kau nak kena lagi ke?"soal Amir Rayyan.Mula geram dengan jawapan lelaki di hadapannya itu.

"Okay,okay.Relekslah..Betul kau belanja?"

"Ya.."

"Tiba-tiba aku rasa macam berkenalan dengan Amir Rayyan yang baru.."

"Perli ke?"

"Tak.Sindir je.."

Akhirnya kedua-duanya tergelak.Benarlah kata peribahasa,air dicincang tidak akan putus.Sama seperti 
hubungan persahabatan yang terjalin.Sekiranya seseorang itu bijak memahami erti sahabat sejati,walau sehebat mana badai melanda,insyaAllah perhubungan itu akan bertahan dan dengan izin-Nya berkekalan selamanya.

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.Seseorang itu mampu hidup tanpa cinta asal adanya sahabat.

###### TAMAT ######

For your information, DreAGers adalah peminat Lutfi Hadi iaitu kawan baik EM. AG adalah nama samaran dia.~ THE END :D 

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Princess AK