Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Pengenalan Doktor Muda.
Hari ni, aku akan share dengan korang beberapa hal dalam Doktor Muda ni :) Uhuk! Tersedak tetiba, ada orang ngumpat aku ke ni? Haishh .. >< Let's read and get it! *entah betul ke idok ni, kuikuikui.*
DEFINISI
Doktor Muda adalah murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri ciri tertentu dan kemudiannya diberi latihan dari segi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan Modul Latihan Doktor Muda. Mereka bertindak sebagai agen perubahan pengetahuan, sikap, tingkah laku kesihatan untuk diri sendiri, rakan, keluarga dan masyarakat dalam meningkatkan taraf kesihatan.Ianya bermaksud : Doktor Muda adalah murid yang terpilih. Mereka diberi latihan pengetahuan dan kemahiran. Semua latihan adalah berdasarkan Modul Latihan Doktor Muda. Doktor Muda adalah agen perubahan. Mereka perlu menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya pengetahuan, sikap yang baik dan tingkah laku yang sihat. Mereka bertindak untuk diri, rakan, keluarga dan masyarakat untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Tapi, kalau cikgu korang korang semua ni cakap lain daripada ni, percayalah bahwa cakap dia betul, dan sila maklumkan sekiranya aku tersalah. Because aku pun ingat ingat lupa benda ni, almaklumlah, sebulan yang lalu punya :P
PERANAN ,TANGGUNGJAWAB DOKTOR MUDA
Baiklah, kita akan kupas satu persatu peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.
Mempromosikan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan rakan, anggota keluarga dan masyarakat.
Ini bermaksud, kita mestilah menunjukkan amalan kesihatan yang baik. Contohnya, kita hendaklah menggosok gigi setiap pagi selepas bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur. Sebelum makan pula, kita harus basuh tangan menggunakan sabun. Doktor Muda harus mengamalkan amalan kesihatan dan mempromosikannya.
Mendorong supaya menjaga kesihatan diri, bersikap positif dan bertingkah laku sihat.
Doktor Muda mesti mendorong masyarakat sekeliling. Contoh, sekiranya Si A tak gosok gigi, Doktor Muda B harus tegur SI A. Dorong Si A supaya menggosok gigi setiap pagi :D Jangan pulak tegur kuat kuat, senyap senyap sudah :) Begitu juga dengan bersikap positif dan bertingkah laku sihat.
Menjalankan pemeriksaan kebersihan diri dalam kalangan murid.
Doktor Muda harus periksa kebersihan murid murid. Antaranya dengan periksa kebersihan kuku, bersih ke tak, panjang ke tak. And then, kebersihan pakaian, stokin basuh, baju kemas and bersih dan sebagainya.
Bersama sama menjaga kebersihan persekitaran sekolah.
Kena la jaga kebersihan persekitaran, nama pun Doktor Muda. Bukan kat sekolah sahaja tetapi juga di luar sekolah :) Contoh macam sekolah aku, Doktor Muda akan dibekalkan dengan satu buku nota. Sesapa yang buang sampah merata ke apa, kitorang akan catit nama dalam buku tu. Tiap tiap hari Ahad orang yang namanya dicatit akan dipanggil. Kitorang jugak akan membersihkan kawasan sekolah, cuci longkang, tandas, bilik bilik khas dan sebagainya.
Ni kebiasannya untuk sekolah menengah sahaja. Kalau sekolah rendah, kitorang akan berikan bantuan sekiranya diminta SAHAJA. Jadi kalau dia panggil, "Doktor Muda! Tolong kami!" baru lah budak darjah 6 pergi terkedek kedek tolong. Got it? :)
Alhamdulillah, tamat dah entri ni. Lama aku peram dalam draft. HA HA. K mohon fahamkan, dan jumpa lagi pada hari yang lain :)
Credits! |