Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Love In Friendship (Part 3)
" Terima kasih makcik! " Hisyam memberikan penghargaan kepada Puan Adawiyah. Langkah diatur mengikuti Adam yang sudah maju di hadapan menuju bilik belajar.
" Hari ini, kita tak adalah nak belajar sangat. Cuma aku nak kau tolong aku, aku nak tahu pelan sekolah macam mana, cikgu apa yang ajar kita, jadual kelas, dan benda benda lain yang aku patut tahu. Boleh? " Adam menarik kerusi, sambil mulut berceloteh ini dan itu. Hisyam yang masih berdiri mengangguk.
" Yang kau berdiri lagi tu kenapa? Mari sini, duduk." Adam mempelawa Hisyam, tangannya ringan menarik satu kerusi untuk Hisyam. Hisyam tersengih.
" Okey, pelan sekolah tak payah susah susah aku lukis, kau masuk sekolah saja dah nampak pelan sekolah. Lagipun sekolah kita besar manalah sangat, kau takkan sesat punyalah." Hisyam memulakan 'ceramahnya'.
" Baiklah. Lepas tu, tolong senaraikan cikgu yang ajar kita. "
" Cikgu Rokiah, dia ajar Bahasa Melayu. Dia jugak guru kelas kita. Ingat lagi cikgu yang masa kau mula mula masuk kelas pagi tadi? "
" Ingat. Yang berkulit putih pakai cermin mata tu kan? "
" Haa, betullah tu, Kemudiannnn..... "
***
" Eh Hisyam, nak balik dah? " Encik Ahmad yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu menegur Hisyam yang baru keluar dari bilik belajar diikuti Adam.
" Ya pakcik. Saya minta izin ya mahu pulang. " Hisyam bersalam dengan Encik Ahmad.
" Hisyam, ini makcik sedekahkan kepada keluarga kamu. " Puan Adawiyah menghulurkan sebuah bekas yang agak besar berisi cucur pisang.
" Terima kasih ya makcik. Saya pulang dahulu. " Hisyam mengatur langkah ke luar rumah. Bekas yang dihulur Puan Adawiyah tadi direnung. ' Dapat juga adik adik aku makan. Ini mesti cukup. Adik aku ada 4 orang sahaja. ' Desis hati kecil Hisyam.
* * *
Setahun berlalu . . .
" Hello Kembar Tak Seibu Tak Sebapa!" Teacher Devi menyapa si sahabat karib, Adam dan Hisyam.
" Hello Teacher! " Adam dan Hisyam menyapa kembali.
" Teringat pula Teacher sama Rizal. Dulu kamu sangat rapat sama dia. Dia itu baik punya budak. Teacher banyak suka sama Rizal. " Teacher Devi menghela nafas.
" Kalaulah saya sempat selamatkan dia daripada dilanggar kereta, pasti dia hidup lagi. "
" Sudahlah. Barang yang lepas, Usahlah kamu kenang. Jika dikenang, meranalah badan kamu nanti. " Teacher Devi Menepuk bahu Hisyam lantas berlalu .
Fikiran Adam melayang, cerita yang diberitahu oleh Hisyam masih segar di ingatannya.
BERSAMBUNG . . .
Credits! |