http://picasion.com/gl/4E3Q/

Princess AK
Princess AK, who?

Click the image below for stuff, diaries, linkies, and my biodata .



Diaries Owner Linkies What I have

Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back!


Leave your footprint!


Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!


Pidato 1 Malaysia Cintai Negara Kita

gif maker

1 MALAYSIA CINTAI NEGARA KITA

  Kalau kita satukan kekuatan kita, satukan peranan dan hala tuju kita, maka, ia akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju yang kita cintai.
  
   Kata-kata yang amat bermakna daripada pemimpin nombor 1 negara, Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan nadi pembentuk slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
   
   Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, panel juri penjunjung kesaksamaan, kelompok pendidik bestari dan hadirin pendengar yang dikasihi, dekat di hati.
   
    Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh dan salam 1 Malaysia, berbungakan kemesraan.
   
Arena pada hari ini, saya warnai dengan pidato yang berjudul 1 Malaysia , Cintai Negara Kita.

Hadirin sekalian,

  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cinta didefininasikan sebagai perasaan yang amat  sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain- lain.  Negara pula   merupakan   sebuah   kawasan   di   bawah  kekuasaan  kerajaan  tertentu. Lalu saya simpulkan frasa 1 Malaysia, cintai negara kita iaitu semua kaum di Malaysia  menyayangi negara di bawah satu kerajaan yang memerintah.

Hadirin-hadirat sekalian,

   Bermula daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perancangan ke arah konsep perpaduan sebuah negara bangsa yang dinamik telah dirangka, dan kini, konsep perpaduan terus diperhalusi oleh Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di bawah gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pembentukan semangat perpaduan yang utuh, menjadi tonggak keharmonian penduduk yang berbilang kaum di Malaysia. Hari ini dapat kita lihat dalam istilah nasional kebangsaan menyatakan bahawa hubungan perpaduan yang erat dan harmoni antara kaum merupakan rencana kemajuan negara. Kini, Malaysia  telah menjadi contoh kepada negara-negara lain. Oleh itu warga 1 Malaysia, cintailah negara perpaduan kita ini.

Hadirin yang dihormati,

   Dulu kita di sawah. Dulu kita di ladang. Dulu kita nelayan kecil di lautan luas. Kini, anak Malaysia sudah sampai ke angkasa lepas. Pelbagai kemudahan pendidikan diberi keutamaan untuk rakyat 1 Malaysia. Institusi pendidikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan ilmu, lahirlah anak bangsa Malaysia yang berdaya maju.

  Kereta Nasional meluncur laju di jalan raya. Daripada kereta Proton Saga hinggalah kereta Proton Iris menembusi pasaran antarabangsa. Inilah hasilnya melalui pendidikan yang bertaraf dunia, di negara yang kita cintai. 1 Malaysia, cintailah negara kita.
Hadirin yang dikasihi,

  Ekonomi negara terus berkembang di bawah pimpinan Perdana Menteri keenam yang kita sanjungi. Unjuran indeks keluaran dalam negara kasar melonjak kepada 5.9% pada tahun ini. Perancangan bersepadu dengan pengistiharan Wilayah Pembangunan Iskandar melonjakkan saham negara. Sektor pembuatan dan perladangan menjadi penyumbang utama. Oleh itu pertumbuhan ekonomi yang mampat melebarluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat semua kerana, model ekonomi baru ialah kualiti pelaburan dan rakyat bersesuaian dengan slogan pemimpin kita, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Taraf hidup selesa kita nikmati bersama. Alhamdulillah, warga 1 Malaysia, marilah sama sama cintai negara kita.

   Rumusannya, ayuh warga bumi bertuah, mari melangkah seiring, berganding bahu bersama pemimpin kita memartabatkan konsep 1 Malaysia, cintai negara kerana perpaduan masyarakat yang unggul, kerana pendidikan yang bertaraf dunia dan kerana kemantapan ekonominya.

 Kalau cemerlang, biar tiada tembok penghalang. Kalau gemilang, biar tiada batu penghadang. Andai terbilang, biar jangan calang calang. Sekian terima kasih. 








Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Princess AK