Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Love in Friendship Part 1
Yeayy! New cerpen. :D Karya nukilan Princess AK sendiri J Enjoy “ Love in Friendship” and dont forget to
follow and comment! :D
“Assalamualaikum
semua. Hari ini kita ada rakan baru bernama Adam. Dipersilakan Adam
memperkenalkan diri.” Suara Cikgu Rokiah bergema. Adam berdiri di hadapan kelas
4 Cempaka. Nafas ditarik panjang.
“Assamualaikum.”
Adam cuba untuk senyum mengawal gemuruh. Kedengaran satu kelas menjawab
salamnya. “ Nama saya, Adam bin Ahmad. Saya berasal dari Pahang. Saya pindah ke
Kuala Lumpur sebab ayah saya bertukar ke sini. Saya harap kita dapat berkawan.”
“
Baiklah Adam. Kamu boleh duduk di sebelah Hisyam. “ Cikgu Rokiah memberi
arahan. Hisyam senyum segaris, cuba merelakan arahan Cikgu Rokiah. Adam
melangkah perlahan ke tempat duduk itu.
“
Hai. Nama saya Hisyam.” Hisyam menghulurkan tangannya, menyambut kedatangan
murid baru itu.
“Adam.”
Adam menyambut sambil tersenyum, senang dengan penerimaan Hisyam.
“Ehem! Murid murid, sila buka buku kamu semua. Hari ini kita
belajar tentang kata
imbuhan.” Arahan Cikgu Rokiah mematikan niat Hisyam untuk
berbual lebih lanjut.
***
Adam
berjalan sambil membawa bekal makanannya. Dia belum kenal sesiapa kecuali
Hisyam. ‘ Nak makan dengan sape ni? Hisyam hilang pula. Hurmm’ getus hati kecil
Adam.
“
Adam! Jom, makan sekali.” Hisyam menyapa Adam dari belakang. Adam mengangguk
setuju. Mereka berjalan ke sebatang pokok berhampiran padang sekolah.
“
Err Hisyam, awak memang selalu makan sorang sorang ke?” Adam bertanya sambil
tangannya membuka bekas makanan. ‘ Seronok jugak makan bawah pokok ni.’ Desis hati
kecil Adam.
“Eh taklah. Saya selalu makan dengan Rizal, cuma......”
Hisyam berjeda. “ D..dia dah takde. Dia meninggal dua minggu lepas.” Mata
Hisyam berkaca. “Tempat yang awak duduk tu tempat dialah.”
“Innalillahiwainnahilaihirojiun.
Sorry, saya minta maaf. Tak bermaksud nak buat awak sedih..” Adam bersuara,
serba salah.
" Eh eh, tak apalah. Tak guna pun kalau saya nangis air mata darah ke, air paip ke air longkang ke, dia takkan datang balik. Redhakan sajalah, dan sedekahkan Al Fatihah pun sudah cukup. Sekurang kurangnya saya tak lupa dia, kan?" Adam mengangguk mendengar kata kata Hisyam. Kagum juga dia dengan semangat Hisyam. " Boleh kita jadi kawan?" Adam bertanya, berhati hati, bimbang mengguris hati rakan barunya itu. Hisyam mengangguk, tangan yang dihulur disambut. "Kawan." Masing masing mengukir senyum
Bersambungg
Credits! |