Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Al-Fatihahh
Tok guru Nik Aziz sudah meninggal dunia semalam, dan telah selamat dikebumikan. Al-Fatihah :)
Telah tiba saat waktu,
Kau pergi tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih hati ini bila mengenangkan,
Kau guru kami kau murabbi kami,
Tulus ikhlasmu luhur budimu,
Bagai tiada pengganti.
Senyum tawamu juga katamu ,
Menghiburkan kami,
Memori indah kita bersama,
Terus bersemadi,
Kau guru kami kau murabbi kami, Sudah ditakdirkan kau pergi dulu, Disaat kau masih diperlukan, Tuhan lebih menyayangimu. Ku pasrah, Di atas kehendak yang Esa, Ya Allah, Tempatkanlah dia di tempat yang mulia,
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hambaMu.
Murabbiku,
Akanku teruskan perjuangan ini, Walau ku tahu kau tiada di sisi, Perjuangan kita masih jauh beribu batu, Selagi roh masih dijasad, Hidup mesti diteruskan. Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau, Bagai semalam kau bersama kami, Moga aman dan bahagia dikau di sana, Setangkai doa dan juga fatihah terus ku kirimkan, Moga kau di sana kan bersama para Solehin, Kau guru kami kau murrabi kami, Al fatihah guru kesayangan kami, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Digubah dari lagu - Kau Sahabatku Kau Temanku -Hijjaz-
STORY TIME
Tibatiba aku teringat raya beberapa tahun lalu :)
Memang kebiasaan sejak aku kecik, or tak tahu kot kot sebelum aku lahir pun dah start dah benda ni, ayah dan abang-abang aku akan pergi masjid TGNA tu tiap tiap tahun. And setiap tahun jugak, diorang akan sembahyang raya dan bersalaman dengan TGNA. :)
Terutama sekali bila aku berumur 5 tahun, kena duduk rumah yang ayah aku beli sebelum pindah ke Kedah 21 tahun dulu. Boleh imagine tak berapa lama rumah tu? Dengan berhabuknya, anai anai lagi, hishh! Terpaksa lah bersabar, dan terpaksalah jugak kemas rumah tiap tiap pagi raya. Haduhh, penat kott. Yalah, kalau tak kemas, alamatnya, demam la abang aku yang sorang ni. Bukan boleh habuk habuk semua ni. Terpaksalah jugak kemas sampai tak pergi beraya. Next Story Pernah jugak sekali aku ikut pergi masjid tu untuk sembahyang raya, tapi aku takde la jumpa TGNA secara face to face. Sebab, beliau diiringi ramai lelaki. Jadi, tengok dari jauh je la. Nampak serban aje huhu..
Yela, takkan la aku nak merempuh semua kaum lelaki tu untuk salam dengan TGNA! Kan? :D
THIRD Aku tak ingat bila, tapi yang pasti cerita ni masa aku kecik. Dalam 4, 5,6 tahun macam tu. //Ayahh, macam mana rupa ayah kepada ayah??// Aku tanya ayah aku. Tetiba, dia bagi aku satu keping gambar :D Ni la gambar cik Mat Ail, ayah kepada ayah//Yeke?// Aku tanya lagi. Yalah, betullah tu. Yang pakai serban tu.// Kenapa muka dia macam TGNA?// Aku garu kepala. Entah. Sama ke?
//Haah. Sama gila! Sebijik! Diorang kembar ke ayah?// Soalan paling lawak. Hikhikhik.
Taklah, diorang bukan kembar.
Tapi aku still percaya yang diorang kembar, sampailah aku tahu yang nama 'Nik' tu adalah keturunan. Aku ingat diorang ni kembar yang terpisah. Pengaruh cerita indon betul aku ni. Hishh -.-
Last Story
Baru je tadi aku tertengok satu video. Di mana ketika TGNA disemadikan, awan berarak meneduhi kawasan pusara TGNA. Tempat lain takdak pun. Patutlah tak panas walaupun ramai yang bersesak..
Tiba tiba, aku teringat kisah Allahyarham Ahmad Ammar, Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan (1435H/2014), Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Selangor (1435H/2014M bagi kategori "Saidina Ali") .
Biarpun masa hidupnya tidak dikenali orang, namun pemergiannya dilawat oleh ribuan, malah mungkin puluh ribu, mungkin juga ratusan ribu manusia. Kuasa Allah, siapa tahu? kan?
Malah beliau digelar sebagai 'Syahid Tertangguh' oleh para kenalan. :) Insya Allah, ada masa, akan ku coretkan mengenai Allahyarham Ahmad Ammar di blog ini buat pedoman :)
Apapun, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman :)
Al-fatihah...
Love,
Princess AK.
Always remember Allah and Rasulullah :) Credits! |