http://picasion.com/gl/4E3Q/

Princess AK
Princess AK, who?

Click the image below for stuff, diaries, linkies, and my biodata .



Diaries Owner Linkies What I have

Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back!


Leave your footprint!


Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!


Berebut?!

gif maker


BREAKING NEWS!

  Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita iaitu :
Penyanyi Malaysia dan Indonesia berebut peminat!
Belum pernah lagi terjadi perkara seperti ini, penyanyi dari Malaysia dan Indonesia berebut peminat! Dan mereka juga bergaduh dan bertikam lidah di Twitter hanya kerana seorang gadis yang biasa saja. Nak kata cantik, taklah cantik. Nak kata perangai baik, hurm...

Opppsss! Nampaknya kita belum tahu lagi siapa penyanyi itu. Mereka ialah Encik Mimpi dan Bastian Steel. Nampaknya, wartawan Peah Propa Gilos sudah menemu ramah mereka berdua. Mari kita saksikan.

Peah  : Assalamualaikum Encik Mimpi!

EM    : Waalaikummussalam, ada apa Kak Peah? Takut saya dengan Kak Peah ni, selalu         sangat serang retis. Hish, nampak Kak Peah je ingat, mende laa gosip yang melanda              kali ni ish ish ish!

Peah  : Ha! Pandai pun kamu! Kak Peah ni bukan ape la kan, saja je nak tanya kamu ni, Kak   Peah dengar la cerita kan, dengo je la, kononnya kamu ni bertikam lidah dengan sorang penyanyi daripada Indonesia ni. Betul ke? Kononnya bergaduh dengan dia sebab berebut peminat, peminat tu pulak sorang aje, tak de la nak jejas sangat kan.

EM     : Oh pasal benda tu.. Ish mane adee, kitorang gurau manja je kut.

Peah   : Dah tu ni mende ape ni? Sampai beratus ni haa tweet kamu, pasal bende tu jee.

EM   : Tak de la, kitorang ni sebenarnya nak rapatkan diri dengan peminat tu aje. Tak salahkan kitorang nak bermesra dengan peminat? Kang tak rapat dengan peminat kata sombong la apa kan.

Peah   : Idok lerr, perlu ke sampai bergaduh dengan penyanyi lain tu, tau lerr kamu ni bertopeng orang tak kenal, tapi perlu ke sampai macam tu. Ape yang special sangat pompuan tu cuba cakap dengan akak ni ha.

EM     :  Dia tu, cantik orangnya. Gemuk gemuk comel. Baikkk sangat. Tak pandai masak pun tak pe, janji pandai agama, pandai ambik hati. Sejuk hati saya kak tengok dia tu. Haihhhhh.... *nada angau*

Peah : Eh eh engkau ni! Aku kasi kecepuk jugak karang. Haishh, korang ni dah jatuh cinta ke apa dengan dia tu? Aku tak paham la retis zaman sekarang hisshhhh!

EM  : Eh kak! Tak elok menabur fitnah kak oii. Nak kata cinta tu, takde la cinta sangat. Just sayang la, kita sebagai abang dia sebagai adik, lebih kurang macamtu la.  

Peah  : Habis tu yang kamu nak risau sangat ni kenapa? Dia tu kan adik je bagi kamu, yang sampai bergaduh bagai. Tengok ni haa, sampai kau maki dia dia maki kau, kata rebut cinta la ape la. Haish!

EM : Akak kena paham, dia ni cintakan kitorang gila gila tau kak, setia dengan kitorang, sebab tu kitorang berebut dia kak.

Peah   : Nasib baik la aku ni tak de peminat, kalau dak mesti berebut macam ni jugak, adoihh, pening kepala aku ni ha.

Ish ish ish, apa yang sampai pening pening tu Kak Peah oiii.. Meh kita tengok Adeeda dengan Bastian pulak macam mana, agak agak sama pening tak dengan Kak Peah, tak pun lagi pening? Yela, Bastian tu kan orang Indonesia, bahasanya tak sama dengan kita. Eh dah la, baik kita tengok Adeeda tu.

Adeeda   :  Hello Bastian! Sekarang macam mana kerja apa semua, busy tak? Boleh beritahu apa aktiviti terbaru Bastian? Macam mana pula dengan Romaria Magdalena Simbolon yang juga adik Bastian itu?

Bastian   : Hello Adeeda! Syukur job nya makin banyak, makin banyak wang masuk gitu. Thanks kepada fans aku Bstarz yang terus menerus support aku sampai sekarang. Sekarang aku lagi jadi hos buat satu rancangan yang diberi nama Indonesian Idol JR. Teruss, adik aku baik baik aja kok. Sihat dan semangat untuk merilis album dan single terbarunya berjudul ‘ Syalalala’ . Aku juga udah rilis single dan music video terbaru yang judulnya ‘Selfie’.

Adeeda  :  Dengar cerita Bastian bergaduh dengan seorang penyanyi yang baru saja masuk ke industri nyanyian Indonesia dan bernaung di bawah naungan MusikProAktif yang bernama Encik Mimpi. Khabarnya bergaduh kerana berebut peminat, adakah benar itu semua?

Bastian   :  Oh itu, kami bukan berantam. Cuma kami cuba untuk lebih mendekati fans aja. Nggak ada apa apa kok.  Itu normal sih. J

Adeeda  : Normal apaan kalo sampai berantam di Twitter? Kamu lagi jatuh cinta dan cemburu atau apa?

Bastian  : Mungkin juga, tapi buat sekarang masih belum mahu bercinta ah. Mahu fokus dulu karir sama pelajaran aja sih.

Adeeda  : Lalu mengapa perlu berebut bilang dia aku punya kamu nggak layak apaan itu ? Cemburu atau apaan sih?

Bastian   : Ya enggaklah. Aku sebagai penyanyi dia sebagai fans, gitu gitu aja kok. Dia cuma fans aku doang.  Paling paling enggak,  cuma abang sama adiknya gituu..

Adeeda : Masing masing tak nak mengaku, habis macam mana kita nak buat ni? Haishhh, pening aku. Apapun, terima kasih la Bastian. Aku pamit dulu.

Bastian : Terima kasih juga Adeeda! Aku juga mahu pamit, lagi ada kerjaan nih. Daa!

Lah? Macam tu je habis? Hurmm, haa, dont worry worry, ada lagi sambungannya! Mari kita lihat pandangan Aini Khadijah atau nama bloggernya Princess AK iaitu gadis yang direbut rebutkan sangat tu bersama Kak Kiah tak Propa.

Kak Kiah : Assalamualaikum! Sihat?

AK  : Waalaikummussalam. Alhamdulillah sihat je Cik Kiah. Kenape ni datang jumpa saya ni? Ade ape2 ke?

Kak Kiah : Kamu tau tak kamu ni sekarang direbut oleh dua orang penyanyi daripada dua buah negara?

AK  : Tahu, alah, biasalah tu, apalah sangat. Diorang maybe nak bersandiwara ke nak hiburkan hati saya ni, peminat tercinta diorang ni ke kan. Kita kena la positif sikit, jangan asyik nak bersangka burukkkk aje! Karang muka pun jadi buruk jugak.

Kak Kiah  : Apa kamu anggap diorang ni? Abang ke adik ke suami ke kawan ke.

AK  : Mereka cuma penyanyi yang saya minatlah. Saya minat Encik Mimpi dan Bastian sama rata, tak ada sebab untuk bergaduh berebut apa semua tu.  Paling paling paling paling paling paling rapat pun abang je la. Diorang penyanyi, femes, kaya, saya ni sape la sangat kan.

Kak Kiah : Eh eh! Janganlah merajuk dik oiiii, akak belum habis tanya lagi ni ha!

AK : Takpe la kak, saya pun dah penat, nak merajuk dah ni haa. Lagipun, saya tau akak pun dah tak tau nak cakap apa dah kan,, betul tak betul tak? Ngeh ngeh ngeh ngeh! Dah dah, pergi balik rumah masak untuk laki anak semua. Haishh!

Kak Kiah : Sorang sorang mengelak. Dah la camera man oi, meh la kita balik. Haishh...


Lah, habis macam tu jugak? Hurmm.. Tak pe la, kita tengok je la sambungan nye nanti ye? Kalau pengarah ada idea nak tulis lagi HAHAHAHAHA.


 Saya meminta maaf sekiranya terkasar bahasa ketika menaip. Sekadar untuk hiburan. Jangan ambil hati ya! 

Gambar : CR : Nur Alya Batrisyia. Thanks friend!
Karangan wawancara : HAK MILIK KEKAL AINI KHADIJAH. 

PERINGATAN : HANYA UNTUK SUKA SUKA SAHAJA. SAYA TAK MAHU BENDA INI JADI VIRUS DAN SAYA TERKENAL SECARA TETIBA DAN SEMUA ORANG PAKAT PAKAT NAK TIRU. PAKAT PAKAT NAK PARODIKAN. SAYA HARAP ANDA HORMATIKAN KEPUTUSAN INI. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Princess AK