http://picasion.com/gl/4E3Q/

Princess AK
Princess AK, who?

Click the image below for stuff, diaries, linkies, and my biodata .



Diaries Owner Linkies What I have

Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back!


Leave your footprint!


Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!


Bibik Encik Mimpi !

gif maker

  Helikopter semua! Heli - helo. Okay, so hari ini, kita akan baca sebuah ceremim (Cerita Encik Mimpi) yang bertajuk

Bibik Encik Mimpi
 Semestinya dikarang oleh Kak Yana! :D Jemput baca dan berikan komen dan kritikan membina di ruang komen atau chatbox ! 

P/s: Watak utama dikekalkan. Sambungan daripada ceremim Mr Arrogant Vs Encik Mimpi

ARIANDA yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen itu mengerling sekilas ke arah kakak saudaranya,Ain Haniza.Mulutnya ingin mengatakan sesuatu,tetapi bagai telah digam oleh gam UHU.
"Ehem.."Arianda berdehem bagi mengalih perhatian Ain Haniza yang masih tekun menyiapkan kerja.
"Sakit tekak ke?"soal Ain Haniza.Matanya mengerling ke arah Arianda.Soalannya itu lebih kepada perlian sahaja.
"Mana ada.Saje nak alih perhatian akak.Dari tadi hadap kerja,tak penat ke?"Arianda menyoal.
"Dah nama pun kerja.Kau nak akak kena berhenti kerja ke?"
"Alah,relekslah kak..Hmm,kak.Aria nak minta pandangan akak sikit ni.."usul Arianda.
Ain Haniza mengerutkan dahi."Pandangan apa?"
Arianda bermain dengan jemarinya.'Nak cakap ke tak eah?'hatinya bertanya sendiri.
"Woi,berangan!"sergah Ain Haniza menyedarkan adik saudaranya yang seakan sedang berangan itu.
"Kak,Aria nak kerjalah..Aria bosan duduk rumah.."jelas Arianda akhirnya.
"Aria,kau kan study.Karang mak kau marah akak macam mana?Kau jangan carik pasal.."bidas Ain Haniza.Kurang bersetuju dengan cadangan Arianda itu.Di KL,dia yang bertanggungjawab ke atas gadis itu.
"Aria tak nak bebankan akak.Alah,akak tahu kan family Aria bukan kaya boleh post duit kalau Aria nak pakai.Biarlah Aria berdikari."panjang lebar jawapan Arianda itu.
"Akak tak boleh bagi kata putus..Lagipun kau nak kerja apa kat KL ni?"
"Apa kerja boleh,yang penting halal..Tukang cuci pinggan ke,cleaner kat tempat akak ke,tak pun bibik.."
"Bibik?"
"Hah,bolehlah.Lagipun Aria pandai buat kerja rumah.Memasak,mengemas."
Lama Ain Haniza mendiamkan diri."Nanti akak try carikan kerja untuk kau.Tapi janji dengan akak yang kau akan kerja sungguh-sungguh kalau dapat kerja.Faham?"
"Yes bos!"ucap Arianda sambil membuat tabik hormat.Ingat kawad kaki ke nak tabik hormat bagai.Haha.

**********
TABIK HORMAT TABIK!!! 

"ASSALAMUALAIKUM..Morning doktor.."Ain Haniza menyapa lembut sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Doktor Hadi.
"Morning..Awal sampai?"soal Lutfi Hadi kepada Ain Haniza.
Ain Haniza tersengih menayangkan giginya."Doktor perli saya ke?"
"Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.."balas Lutfi Hadi selamba.Tangannya masih lincah mencatat sesuatu pada buku catatan hariannya.
"Saya tak makan cili,so tak rasa pedas pun.."Ain Haniza menjawab.
Mendengarkan jawapan tersebut membuatkan Lutfi Hadi ketawa kecil.
"Sorrylah doktor,saya hantar adik saudara saya ke kampus tadi.."jelas Ain Haniza.
Lutfi Hadi sekadar senyum."Tak apalah,lagi pun patient tak ramai pun.."
Ain Haniza mengangguk kecil."Doktor,saya nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia?Sebelum ni tak pernah pun nak mintak kebenaran.."
"Doktor,kat KL ni ada tak orang nak ambil budak umur 19 kerja?"Ain Haniza menyoal.
Lutfi Hadi yang sedang tekun menulis terus berhenti."Lah,siapa nak kerja?Takkan awak kot.."
"Isyh,bukanlah.."sangkal Ain Haniza."Adik saudara saya yang nak kerja.Dia kata tak kisah lah kerja apa pun boleh.Kot-kot ada kawan doktor yang nak ambil bibik ke kan.Saya takut kalau dia kerja kat tempat orang yang dia tak kenal.."sambungnya panjang lebar.
"Bibik?Maknanya orang gaji?"
"Yelah,takkanlah penoreh getah pulak.Sejak bila doktor loading ni?"
Lutfi Hadi menggaru kepalanya sambil tersengih."Kawan saya tak kahwin lagi,buat apa nak ambil bibik pulak.."omelnya perlahan namun masih mampu didengari oleh Ain Haniza.
"Hmm,tak apalah doktor.Tak payah susah-susah fikir.."
"Nanti saya try tanya kawan saya eah?Manalah tau dia perlukan khidmat bibik kan.."balas Lutfi Hadi.Kasihan pula melihat raut wajah kecewa pembantunya itu.
Ain Haniza hanya tersenyum.Gadis itu kembali menyambung kerjanya.

*************************


Thanks doctor. :)
"ASTAGHFIRULLAH!Awat rumah hang macam tongkang pecah ni?!"Lutfi Hadi yang baru melangkah masuk ke dalam rumah Amir Rayyan sedikit terkejut melihat keadaan rumah rakannya itu.Orang lain duduk bujang jugak,tapi rumah tak adalah bersepah macam kandang kambing.
Sekotak pizza yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja kopi.
Amir Rayyan yang sedang menonton perlawanan bola di antara Arsenal dan Manchester City hanya memandang sekilas ke arah sahabatnya sebelum mencapai kotak pizza yang diberikan oleh Lutfi Hadi.
"Woi,tak boleh makan pizza ni selagi rumah ni tak kemas!"marah Lutfi Hadi lantas mengambil kembali kotak pizza yang telah berada di dalam pegangan Amir Rayyan.
"Ala ala,aku tak makan lagi ni.Please.."Amir Rayyan mengerdipkan matanya berkali-kali.Comel sangatlah tu..
"Tak ada!Kau tak kemas rumah ni aku tarik balik pizza ni!"ugut Lutfi Hadi.Wajah comel yang ditayangkan oleh Amir Rayyan tidak dilayan.Taktik kotor!
"Alah,kau ni tak berperikemanusiaan.Kau nak aku mati kebulur?"soal Amir Rayyan sambil menayangkan muka sedih.
"Aihh kau ni.Saje buat aku serba salah.Nah!Lepas habis makan kemas rumah ni!"Lutfi Hadi memberi kembali kotak pizza itu kepada Amir Rayyan.
"Thanks.Sayang jugak kau kat aku kan..hehe..Eh,boleh tak kemas lepas habis bola?"
"Yelah.."akhirnya Lutfi Hadi mengalah.Sahabatnya yang satu itu memang terer kalau soal membodek.Serah je kat dia,konfem lulus..
Sebaik perlawanan bola tamat,Amir Rayyan terus mengemas ruang tamu rumahnya yang bersepah itu.Dia memandang sekilas ke arah Lutfi Hadi yang sudah terlena di atas sofa itu.
"Di,bangunlah.Kau ni tidur pulak.Baik tak payah datang sini tadi.."Amir Rayyan mengejut rakannya itu.Bahu lelaki itu digoncang perlahan.
Lutfi Hadi menenyeh perlahan matanya untuk menghilangkan rasa kantuk.Dia memerhati keadaan ruang tamu itu.Sudah terkemas."Bola dah habis ke?"
"Eh taklah,baru nak start."seloroh Amir Rayyan.Dia mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Lutfi Hadi.
"Bengong!"Lutfi Hadi membaling bantal kecil disebelahnya ke arah Amir Rayyan.
Amir Rayyan hanya tersengih."Eh,thanks bagi pizza tadi.Macam tahu je yang aku ni lapar.."
"Yelah.Kau ni pun,asyik miss makan je asal?Nak penyakit ke?Dah lama hidup?Nasib aku datang bawak makanan,kalau tak kebulurlah kau.Dahlah pemalas nak masak."bebel Lutfi Hadi.
"Sekarang baru aku sedar.."
"Sedar apa?"
"Kau dengan aku tak ada beza pun.Sama-sama kuat bebel."
Sejurus itu Lutfi Hadi terus tergelak."Nilah kesan berkawan dengan kau.."jawabnya selamba.
"Aku lagi pro dari kau tau!"
Akhirnya keduanya tergelak sakan.
"Wei,aku ada cadanganlah.."tiba-tiba minda Lutfi Hadi teringatkan permintaan daripada pembantunya di hospital tadi.
"Apa dia?"
"Apa kata kau ambil bibik..Terkemas jugak rumah ni,tak adalah macam tongkang pecah kan.."
"Bibik?Tapi siapa nak jadik bibik aku?Wei,aku kan lelaki.Bibik mesti perempuan.Dosa wei.."jelas Amir Rayyan tidak bersetuju dengan cadangan Lutfi Hadi tadi.
"Isyh kau ni.Macam nilah.Bibik tu akan datang kerja time kau tak ada kat rumah ni.Nanti kau tulislah kerja apa yang dia patut buat.Macam dalam novel 'MAID'.."
"Wow,kau baca novel eah?"
"Taklah,adik aku.Dia kalau baca novel mesti cerita kat aku.So aku taulah.."bidas Lutfi Hadi.Tebiat dia nak baca novel.
"Yeke?Tak nak mengaku konon.."
"Eh kau ni,ada jugak yang makan penyepak kejap lagi.."marah Lutfi Hadi."Kau nak tak?Aku ada orangnya.."
"Patutlah beria sangat tanya.Kau kerja doktor kan?"Amir Rayyan berpura tanya.
"Eh taklah,nelayan.Kau tebiat apa tanya soalan tu.Macam baru sehari kenal.."omel Lutfi Hadi.Bengang dengan soalan tersebut.Berkawan dah bertahun,tapi boleh pulak Amir Rayyan mengajukan soalan macam tu.Hilang akal ke?
"Taklah,pelik.Sejak bila kau jadik tukang carik kerja untuk orang lain?Gaji berapa?Aku rasa nak joinlah.."balas Amir Rayyan selamba.
"Amboi,main kasar nampak?Salah ke aku nak buat baik.Ni pun sebab pembantu aku mintak tolong.Kau tahulah kan kawan kau ni kan baik hati.So aku nak tolong dia.Tak macam kau,busuk hati.."Lutfi Hadi menjawab.Siap menyindir lagi.Haha!
"Ewah,sedapnya ayat.Baik-baik aku nak terima cadangan kau tadi,terus tak jadi.."
"Ala ala,terimalah.Kau kan baik.Lagipun budak yang nak jadik bibik kau ni memang perlukan kerja.Kau tak nak pahala ke bantu orang lain?"Lutfi Hadi cuba memujuk Amir Rayyan yang mula berubah fikiran itu.
Amir Rayyan diam sejenak memikirkan kata-kata sahabatnya itu.
"Okay jugak eah?Tak adalah rumah aku bersepah sangat.Nanti kau uruskan boleh sebab kau kenal kan budak yang nak jadik bibik tu?"Amir Rayyan akhirnya membuat kata putus.
"Okay bos!Upah tak de?"soal Lutfi Hadi sekadar gurauan.
"Ni nak?"Amir Rayyan menunjukkan penumbuknya di hadapan Lutfi Hadi.
"Dahlah arrogant.Meh aku tambah gelaran baru untuk kau.Kedekut!"
Amir Rayyan yang berniat ingin menyiapkan kerjanya mula beralih ke niat lain.Tangannya pantas mencapai bantal disebelahnya lalu dibaling ke arah Lutfi Hadi tepat mengena pada wajah lelaki itu.
Lutfi Hadi turut mencapai bantal disebelahnya dan dibaling ke arah Amir Rayyan.Rumah yang tadinya terkemas kembali bersepah apabila dua sahabat itu asyik bermain baling bantal.

*************************
Baling bantall!!! Yeayyyy main baling baling bantal! :P 
"NI ke kak rumah yang nak ambil Aria jadik bibik?"soal Arianda apabila Ain Haniza memberhentikan kereta yang dipandu di hadapan sebuah rumah dua tingkat.
Ain Haniza memandang ke arah adik saudaranya."Yup.Semalam doktor yang akak mintak tolong tu bagi alamat.Tak payah risau,bos kau tak ada.Akak dah terangkan semalam kan?Just buat kerja yang dia suruh..Faham?"
Arianda mengangguk kecil tanda faham."Aria pergi dulu okay.Bye.."Arianda mengambil beg sandang miliknya sebelum turun dari kereta.
Sebaik kereta pacuan empat roda itu hilang dari pandangan,Arianda terus membuka pintu pagar yang tidak berkunci itu.Pintu utama rumah itu turut tidak berkunci.Tanpa berlengah Arianda terus melangkah masuk.Tatkala matanya terpandang pada meja kopi,terdapatnya sekeping kertas bersaiz A4.
Tangannya pantas mengambil kertas tersebut dan membaca apa yang tertulis.Setelah itu bebola matanya bergerak memerhati sekeliling rumah itu.Dari ruang tamu hinggalah ke dapur diredahnya.
'Aiseyh,ni orang ke kambing yang tinggal kat rumah ni?'omelnya di dalam hati.
Memikirkan kelasnya yang akan bermula jam 2 petang,Arianda terus melakukan kerja yang telah tersenarai di dalam kertas yang dibaca tadi.Dengan berhati-hati dia melakukan kerja.Takut sekiranya merosakkan barang milik bosnya itu.
"Assalamualaikum!"
Laungan salam dari luar rumah menghentikan dirinya daripada meneruskan kerja.Arianda terus menuju ke muka pintu.
"Cik carik siapa?"
"Eh,cik ni siapa?Mana Mr.Arrogant?"
"Saya orang gaji kat sini..Arianda..Cik siapa?"
"Saya Tiara.Ni kekawan saya.Mr.Arrrogant tak ada ya?"
Arianda mengerutkan dahi.'Mr.Arrogant?Bos aku ke?'soalnya di dalam hati.
"Siapa Mr.Arrogant ya?"soal Arianda.Sungguh dia sedikit bingung.
"Tak kenal ke?"soal Adila pula.
Arianda sekadar menggeleng.
"Mr.Arrogant tulah bos awak.Kitorang panggil dia Mr.Arrogant.Nama sebenar dia kitorang tak tahu.."Ismi menerangkan.
Barulah Arianda mengangguk faham."Err,dia tak ada sekarang ni.Saya tak tahu dia ke mana,tugas saya jadik bibik je kat sini.."
"Owh.Tak pelah macam tu.Kami masuk dulu.."
Arianda mula menggaru kepalanya.Pening."Mr.Arrogant?Pelik je.."bebelnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

*************************

Still remember them? Nanie, Adila, Izyan, Yana, Tiara and Ismi :) 
"PENATNYA.."Amir Rayyan mengeluh kecil lantas berbaring di atas sofa.
Lutfi Hadi turut melakukan hal yang sama cuma bezanya dia berbaring di atas karpet sahaja.
"Wei,tak de makanan ke?Laparlah.."
"Tulah,tadi aku ajak makan tak nak.Kan dah lapar.."omel Amir Rayyan.
"Nak buat camne,dah lapar..Lagi pun kalau keluar makan dengan kau mesti aku yang jadik mangsa keluar duit.Bankraplah camni.."Lutfi Hadi menjawab.
"Ungkit nampak?Kedekutlah kau ni.."Amir Rayyan mengambil bantal yang menjadi alas kepalanya untuk dibaling ke arah Lutfi Hadi.
"Wei,kan dah bersepah balik.Kau lah ni.Penat tau bibik kau kemas,dahlah dapat bos memang sedia pemalas.Memang malanglah nasib.."
Amir Rayyan memandang tajam ke arah Lutfi Hadi."Ni dah melebih sangat.Ni rumah siapa eah?"
"Rumah kaulah.."
"Bibik siapa bayar gaji?"
"Kaulah bayar,takkan aku pulak kan.."
"Yang kau banyak songel ni asal pulak?Dah jelas kan ni rumah aku,bibik aku.Tak payah nak kompelin lah.Aku bagi ni baru tau.."ujar Amir Rayyan sambil menayangkan buku limanya.
Lutfi Hadi mencebik."Kaylah,aku balik dululah.Rumah kau kan.."balas Lutfi Hadi.Lelaki itu mula bangkit dari berbaring dan mula mengatur langkah ke pintu utama.
"Di!Alah,jangan merajuk..Kau ni,tu pun nak sentap.Dahlah wei,baik kau pergi dapur masak sup ayam.Aku pun kebulur ni.Please.."
"Choihlah kau ni.Macam tu je kau pujuk orang tengah marah?Aih,aku boleh bayangkan macam mana kau pujuk perempuan yang merajuk.."
Amir Rayyan sekadar tersengih menampakkan lekuk lesung pipit di pipi kirinya."Wek kelet wek ker piece lah!"
"Ni wek kelet wek ker piece kau!"Giliran Lutfi Hadi yang menunjukkan buku limanya.
"Masaklah wei.Karang sia-sia je kita mati kebulur kat dalam rumah ni.."pinta Amir Rayyan.
"Ewah,bestnya mengarah.Kau ingat aku bibik ke?Kau best je menghadap laptop.Banyak cantik!"hambur Lutfi Hadi bersama pandangan tajam.
"Aku memang cantik.Kau je yang tak tahu.Sian.."Amir Rayyan yang sedang menghadap laptop langsung tidak memandang ke wajah sahabatnya yang sudah macam harimau kelaparan.
"Perasan!Malas aku nak layan kau.."balas Lutfi Hadi lantas menapak ke dapur.
"Tak suruh pun kau layan.."
"Aku dengar wei!"jerit Lutfi Hadi dari arah dapur.
Amir Rayyan mula tergelak kecil.Begitulah kehidupan mereka.Sambil membuat kerja,Amir Rayyan turut menyanyi.
"Rindu-rindukanlah diriku,sepanjang hari-harimu,sayangku..ku adalah milikmu.."
"Woi,sengaulah suara!"Lutfi Hadi menegur."Runtuh rumah ni sat gi.."sambungnya.
"Cakap jelah jeles,kan senang.."Amir Rayyan menyahut.
"Wa tarak heran lah.."balas Lutfi Hadi yang sedang melangkah ke ruang tamu sambil membawa mangkuk bersaiz sederhana.
"Lajunya masak.Entah-entah tak mendidih kot kau masak ni.."tebak Amir Rayyan sambil menayangkan muka selambanya.
"Cakap baik sikit.Ni chef Hadi lah..Bukan macam kau,pemalas!"
"Whatever..Nak,lapaq ni.."
"Ambillah sendiri.Ada tangan kan?Aku dah masak bersyukurlah sikit.."Tanpa menghiraukan Amir Rayyan,Lutfi Hadi terus menghirup sup ayam miliknya.
"Kejam!"
"Kisah?Wekkk..."sempat pula dijelirkan lidahnya.
Amir Rayyan mula bengang dengan sikap rakannya itu.'siot kau.Wait and see..'
"Aduh,sakitnya perut..."Amir Rayyan memegang bahagian perutnya dengan wajah berkerut.Gayanya memang nampak sakit.
"Wei,kau asal ni?"Lutfi Hadi lantas meletakkan mangkuknya di atas meja dan menghampiri Amir Rayyan.
"Sakitlah.Kau ingat aku tengah ketawa ke?"Amir Rayyan berpura-pura marah.
"Aku ambil minyak angin jap.."Lutfi Hadi terus bangun dan menuju ke dapur.
Amir Rayyan mula mengukir senyuman.Diambilnya mangkuk milik Lutfi Hadi yang masih berisi separuh sup ayam."Enak bangat sih.."
"Woi,main tipu!"
Amir Rayyan sekadar ketawa."Thanks untuk sup ni.Enak bangat!Hingga jilat jari.."tutur Amir Rayyan dengan riak tidak bersalah.
"Urgh!Geramnya aku!"Lutfi Hadi merengus geram.Mahu sahaja ditumbuk muka rakannya itu.Dahlah tipu dia hidup-hidup,sempat pulak merembat sup ayam miliknya.Lutfi Hadi menapak kembali ke dapur untuk mengambil sup baharu.
"Hadi,sayang kau!"

*************************


"Aku penat la Di.." 
PEJAM CELIK kini sudah sebulan Arianda bekerja di rumah bos misterinya itu.Sepanjang tempoh dia bekerja di situ tidak pernah walau sekali pun dia berpeluang bertemu dengan lelaki itu.
Seperti kebiasaannya Arianda akan tiba di rumah itu tepat pukul 8 pagi.Namun hari itu bukanlah hari kerja baginya,dia datang sekadar untuk mengambil gajinya.
Perlahan-lahan Arianda menguak daun pintu yang sememangnya tidak berkunci.'Ni kalau pencuri tau memang sah rumah ni kena rompak..'desis hatinya.
"Err..Asal bersepah gila rumah ni?Kan semalam aku dah kemas.Ni orang ke beruk yang tinggal kat rumah ni.Aish,sorrylah..Hari ni bukan hari kerja,tak ada masa nak kemas.Bukan tambah gaji pun.."
Tanpa menghiraukan keadaan rumah yang seperti pasar ikan itu,Arianda terus mengambil sampul surat yang telah ditinggalkan di atas sebuah meja kecil di sebelah rak televisyen.
Tiba-tiba tangannya terlanggar sesuatu.
"Eh,apa ni?Album?"
Arianda berfikir sejenak sama ada ingin melihat gambar di dalam album itu atau dibiarkan sahaja."Kalau bukak,berdosa..Tapi tak salahkan kalau nak tau muka bos aku macam mana.."
Satu persatu diselaknya album gambar tersebut.Tiada yang menarik.Apabila dia menyelak lagi,terus tergamam dibuatnya.
"Oh my Allah,handsomenya bos aku..Macam EM lah.."komennya sendiri.
Arianda terus berminat untuk melihat gambar yang lain hinggalah ke helaian terakhir di mana terdapatnya beberapa keping kad bersaiz kecil.Arianda mengambil salah satu daripadanya.
"Thanks EM to be a captain for DreEMers.Ni hadiah khas dari saya.."
Sekali lagi Arianda terkejut apabila membaca bait ayat tersebut.
"Bos aku,Encik Mimpi?"
Arianda terus menutup album tersebut dan diletakkan di tempat asal.Kemudian dia bingkas bangun dan melangkah keluar dari rumah itu.

*************************

"EM BOS AKU?!" 
"AKAK!!!!"
Terkejut Ain Haniza apabila diserbu sedemikian oleh adik saudaranya itu.
"Kau kenapa Aria?Mental ke?Kalau akak ada sakit jantung dah lama pergi tau.."marah Ain Haniza.Bertambah geram apabila melihat sengihan adik saudaranya itu.
"Sebab Aria tahu akak tak ada sakit jantunglah Aria buat macam tu.."Arianda menjawab selamba.
Tanpa mengendahkan Arianda,Ain Haniza terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Kak,Aria ada benda nak gosip ni.."
"Apa dia?Akak penatlah nak dengar gosip kau tu.."
"Akak kena dengar jugak!"sejurus itu Arianda menarik tangan kakak saudaranya itu mengajaknya duduk di atas sofa.
Ain Haniza sekadar menurut."Apa dia?"
Arianda mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya dan diberikan kepada kakak saudaranya.
Ain Haniza memandang lama kad kecil yang berada di pegangannya."Setahu akaklah,birthday akak dah lepas kot.."
"Alah,banyak songel pulak akak ni..Baca jelah apa yang tertulis dalam kad tu.."
Ain Haniza membaca bait perkataan yang tertera di dada kad kecil itu."So?"soalnya selamba.
"Akak tau bos Aria siapa?"
"Tahu!Mestilah orang,takkan monyet pulak kan.."
Arianda terus memukul lengan Ain Haniza.Geram dengan jawapan tersebut."Memanglah orang.Maksud Aria akak tau tak siapa sebenarnya bos Aria tu?"
"Tak.Dah dia bos kau,bukan bos akak.Buat apa akak nak ambil tahu?"sekali lagi Ain Haniza memberi jawapan yang menyakitkan hati.
"Akak ni loadinglah.Kat kad tu dah terjelas yang bos Aria sebenarnya..."Arianda berjeda sebentar.Sengaja membuat ayatnya tergantung.
"Apa?"
"Bos Aria tu EM lah kak.."
Ain Haniza tercengang seketika sebelum meledakkan tawanya.
"Kemaruk sangat dengan EM sampaikan bos kau pun kau samakan dengan EM.Teruklah perangai kau ni.."ujar Ain Haniza dalam sisa tawa yang masih kedengaran.
"Betullah.Aria tak tipu.Tadi Aria tertengok gambar dia dalam album.Memang sama macam EM.."
Ain Haniza memandang sekilas ke arah adik saudaranya sebelum bangkit dari duduknya."Whateverlah.Akak nak rehat.."
"Akak tak percaya ke?"
"Berbanggalah kau Aria.Selamat menjadi bibik Encik Mimpi.."Ain Haniza sempat memerli sebelum mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
"Isyh,asal tak nak percaya?Aku tak tipulah..Okay,aku janji akan buktikan semua tu.."Arianda bermonolog sendiri.
Arianda terus mencapai telefon bimbitnya lantas membuka lagu Encik Mimpinya itu.

######TAMAT######



 Tamatlah sudahh, cerita anakandaaa durhaka..~ Eh eh, ni kan ceremim. Apa yang aku merepek nii haha. Nantikan karya Kak Yana yang seterusnya ! :D 


NOTA KAKI BESAR GEDABAK : WATAK AMIR RAYYAN A.K.A ENCIK MIMPI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA. BELIAU SANGAT PENGEMAS ORANGNYA. WATAK WATAK LAIN ADALAH WUJUD! TETAPI TIDAK SEMESTINYA SAMA DENGAN KEHIDUPAN SEBENAR. HARAP MAKLUM :D 

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Princess AK