Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Contoh Teks Ucapan Wakil Murid untuk Majlis Persaraan Guru
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha, Encik Zamuri Bin Ladening, guru besar Sekolah Kebangsaan Tikam Batu, yang dihormati, Encik Adnan Bin Mad Isa, Yang Dipertua PIBG, Doktor Salmah Bt Zakaria, Naib Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Ramli B Majid, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rahimah Bt Hussein, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Jasni B Ahmad, Pemangku Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum, yang diraikan, Tuan Haji Arshad B Hamid, yang dikasihi, barisan guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Tikam Batu.
Hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini merupakan majlis Tuan Haji Arshad, seorang guru yang amat berpengalaman di sekolah ini. Cikgu Arshad ialah seorang guru yang bertanggujawab dalam mengendalikan lawatan sekolah. Dengan bersaranya beliau, hilanglah seorang guru yang kita sanjungi dari sekolah ini.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya, setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa sedih kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami menjadi insan yang berguna.
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid-murid Sekolah Kebangsaan Tikam Batu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Arshad B Hamid yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak-anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada tuan sekeluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Akhir sekali, saya bagi mewakil rakan-rakan saya yang lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan tuan samada disedari ataupun tidak. Halalkanlah segala ilmu yang telah tuan beri kepada kami selama ini. Dari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari perigi, Hari yang mana bulan yang mana, Boleh kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih. Credits! |