http://picasion.com/gl/4E3Q/

Princess AK
Princess AK, who?

Click the image below for stuff, diaries, linkies, and my biodata .



Diaries Owner Linkies What I have

Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back!


Leave your footprint!


Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!


Persahabatan

gif maker

Kadangkala, aku tertanya. Benarkah persahabatan yang terbina selama enam tahun, antara aku, dengan sahabat-sahabat aku di darjah 6 ini, persahabatan yang tulus dan ikhlas?

Kerana, aku seringkali terabai. Entahlah, rasa macam, aku ni sebenarnya tak penting. Kalau tak sebab aku pandai, aku bukanlah sesiapa dalam kalangan sahabat-sahabat aku. Ikhlas ke tu? Ikhlas?
Aku sedar, aku ni datang ke sekolah bukan untuk berfoya-foya dengan rakan-rakan. Bukan. Aku datang atas dasar aku mahu menuntut ilmu, atas dasar aku mahu berjaya dalam hidup aku, aku mahu darjat aku diangkat oleh Allah S.W.T.

Ini kerana, Allah telah menjanjikan, sesiapa yang menuntut ilmu, Allah akan angkat darjat orang itu di sisinya. Namun begitu, lumrah manusia, tetap mahukan peneman, berinteraksi dengan makhluk lainnya. Sama seperti burung yang bebas di udara, ikan yang berenang di lautan, ayam yang berkokok di reban dan gajah di hutan. 

Tipulah kalau aku kata, aku tak pernah terasa hati dengan perlakuan sahabat-sahabat aku. Tapi aku abaikan, aku pendamkan, aku diamkan, aku tak ambil hati, hanya anggap seperti di angin lalu. Tapi di minggu terakhir, di hari-hari terakhir, masa-masa terakhir aku bersama mereka, mereka masih mengabaikan ku, memencilkan aku. 

Dan aku rasa amat terseksa, terseksa dengan mentaliti sempit mereka. Mentaliti mereka membuat aku sesak, rimas dan sewaktu dengannya. Aku rasa bersyukur, walaupun saban hari aku membesar dalam mentaliti yang sempit itu, masih ada keluarga aku yang datang membuka mentalitiku kepada dunia luar. 

Aku juga penat, penat dengan kerenah mereka. Kerenah mereka yang dengki, busuk hati, dan tak berlapang dada dengan kejayaan rakan sendiri. Aku penat dengan kerenah itu, kerana aku dapat rasa, mereka mahu menjatuhkan aku. Aku penat sangat. 

Aku tak mahu tinggalkan sekolah ini kerana banyak kenangan manis di sini. Kerana aku berada di zon yang aku selesa.Tapi aku tak tahan dengan murid-muridnya. Mereka membuatkan aku tak sabar untuk melangkah keluar, berlari ke peringkat dunia, melakar sejarah aku sendiri, sejarah yang terindah. Berlari melakar pelangi dalam hidup. Jika boleh, aku ingin terbang ke langit biru. Bebas mengejar cita.

Di sekolah itu, aku tak bebas. Mereka mengikat aku secara mental, bukan secara fizikal. Ikatan itu sangat kuat, sampailah di saat terakhir ini, mereka tetap cuba mengikatku, walaupun perlahan-lahan ikatan itu terbuka. 

Cukuplah. Sudahlah. Selepas ini, kita hanya kenalan, dan tiada apa-apa hubungan. Bukan kerana aku sombong, tapi aku tak mahu kalau aku terus bersama kalian, aku terperuk di takuk ini, terperuk dalam dunia ini. Sedangkan bumi ini sangat luas. Jangan ikat aku, jangan tahan aku, jangan kurung aku. 


Love, Princess AK. 


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Princess AK