Princess AK, who? Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| Selamat Tinggal Legacy
Sebelum ini,
Kita berjumpa pertama kali,
Terasa kekok untuk berbicara,
Terasa kekok untuk tersenyum
Serba salah hendak duduk,
Serba salah hendak berdiri,
Lantas hanya berbalas senyum segaris,
Tanda menerima ukhuwah ini.
Sebelum ini,
Bicara hanya tika perlu,
Bertanya tatkala benar-benar keliru,
Tersenyum panjang kala berbual,
Tersengih kala bergurau,
Terbatas perbuatan semuanya.
Sebelum ini,
Takut untuk mendaftar diri,
Takut dengan gahnya kuasa senioriti,
Takut diri ini dibuli, dicaci maki,
Belum bersedia hati ini.
Hari ini,
Kita berjumpa saban hari,
Berbicara kadang terlajak waktu,
Senyum lebar hingga ke telinga,
Ketawa mesra memecah gegendang,
Tika duduk lutut bertemu lutut,
Tika berdiri saling berpautan.
Hari ini,
Berbual bagai tiada esok,
Bertanya tidak kira waktu,
Ketawa meletus kala bersembang,
Terbahak-bahak tika bergurau,
Mencuit-cuit tanda mengusik.
Hari ini,
Syukur kerana datang ke mari,
Syukur senioriti masih punya belas simpati,
Syukur tiada berita kes buli,
Gembira diri ini dikasihi.
Esok,
Kelibatmu tiada di sini,
Masih terngiang suara dirimu,
Masih terbayang senyum lebarmu,
Masih terdengar ketawa mesramu,
Masih teringat ikatan yang terbina.
Esok,
Mahu berbual dia tiada,
Mahu bertanya dia menghilang,
Mahu ketawa hanya mampu tersenyum,
Mahu terbahak, air mata yang mengalir,
Tiada lagi yang nakal itu mengusik diri ini.
Esok,
Sedih kerana mereka pergi,
Sedih kerana Legacy meninggalkan kami,
Sedih kerana kami,
Tak mahu berpisah dengan LEGACY.
Selamat tinggal Legacy.
#CyXprintz
Pic cr : @smskepalabatas on instagram
C
Credits! |