
|
Princess AK, who? ![]() Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! ![]() Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| UPSR Countdown!
Kalau sekarang ada M! Net Countdown yang lagu lagu KPOP tu ( actually aku tak tau sangat pasal M! Net Countdown ni baru berjinak jinak ngan kpop la katakan huhu ) , so ni UPSR Countdown.
Dear Batch 03,
Tahu tak berapa hari lagi nak UPSR?
Just 32!!!!!!!!!!
32
x 24
------
128
+ 640
-------
768 jam!
------
768 jam jer weh, jangan main main. UPSR ni adalah satu permulaan ke arah masa depan kau, cerah atau gelap.
Kalau tak dapat 5A, tapi berusaha, okeylah. Tapi kalau awal awal lagi dah berserah, huh, baik tak payah woi. Nak something kena usaha. Kalau doa je tak usaha pun tak guna. Kalau usaha takde doa pun tak guna.
For those yang masih dalam mood raya tu, taubat taubatlah nak. Lepas UPSR kau nak sambung raya pun takpe. Nak tengok korean drama, apa ke benda semua, dah takde sape nak marah lepas tu.
Bak kata guru kelas aku, nak tengok Korean Drama dari pagi sampai ke malam pun tak pe. Nak blogging and facebooking 24 hours pun takpe. Sekarang fokus UPSR dulu katanya.
So now, aku dah kurang aktif blogging and facebooking. Kalau dulu 18 jam sehari aku online, now aku dah kurangkan kepada 1 jam seminggu. Cukuplah sekadar nak bersihkan habuk kat facebook aku, and untuk update entry kat blog agar korang tak rindukan aku sampai angau. <-- Kau tak payah nak perasan sangat!
Aja aja fighting Batch 03! Chaiyok! You are the best! Good luck for all UPSR Candidates!
For Kedahan, ASPIRASI KEDAH TOP 5. Ingat ni, kita kena bantu negeri kita untuk mencapai matlamat ini :) Chaiyok!!! Do the best!
UPSR candidate,
Princess AK.
Tips Matematik (Sifir)
Insya Allah bermanfaat. :)
Segala soalan boleh diajukan di ruangan komen ataupun cbox ^_^
Love In Friendship Part 5
Lima bulan berlalu...
" Hisyam B Hamid, mendapat , 5A!!!! " Bersorak keluarga Hisyam mendengarkan pengumuman itu. Hampir saja Hisyam menangis gembira.
" Murid seterusnya, dan dinobatkan sebagai murid cemerlang UPSR, Adam B Ahmad!!!!! " Sorakan bertambah kuat apabila nama Adam disebut. Dua sahabat itu berpelukan melihat keputusan mereka yang sangat memberansangkan.
Bergilir gilir para guru mengucapkan tahniah. Adam dan Hisyam tersengih sengih keriangan. " Hisyam, walaupun sepatutnya aku yang berada di situ, bukan Adam, bukan sesiapa, namun aku tetap bangga dengan kau dan Adam. Tahniah Hisyam." Satu suara menjengah pendengaran Hisyam. Dia mencari cari suara itu. " Kenapa ni Syam?" " Rizal. Aku dengar suara dia. Rizal. " " Ya Allah, dia dah tak ada Syam. Al fatihah." Sebulan berlalu.. " Adam, kenapa tak nak pergi ke sekolah berasrama? Banyak tawaran yang kamu dapat. Tak elok bazirkan keputusan begitu saja. " Panjang lebar Puan Adawiyah membebel. " Adam nak duduk sini dengan Hisyam. Please?" " Yalah. Asalkan Adam tetap belajar bersungguh sungguh." ujar Puan Adawiyah sebelum dia bangun menuju ke dapur Sepuluh tahun berlalu, "Dah genap 12 tahun kita berkawan, kan Adam? " Hisyam bertanya sambil merenung Adam di sisi. Adam mengangguk. " Eh apa cerita kau dengan Haliza Syam?" Adam bertanya memecah sunyi. "Haliza?" " Ya, Haliza Husna. Your future wife." Kata kata Adam membuat Hisyam tersipu. " Kawan sajalah. " " Klise! Kawan sangat, eh nanti makan nasi minyak jangan lupa jemput aku tau." "Eleh, kaca dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Kau dengan Arisya tu? " "Aku pulak?" "Suka tu mengaku sajalah. Bila makan nasi minyak?" " Erm, mungkin 3 tahun lagi?" " Eceh, sukalah tu kan? " " Kau suruh mengaku, aku mengakulah. Kita kahwin sekali tau nanti?" " Eii gatal!" Dua sahabat itu ketawa bersama. Love in Friendship Part 4
" Hisyam! " Rizal berlari anak ke arah Hisyam. Hisyam masih terasa hati dengan perbuatan Rizal yang memperlekehkan hadiah hari jadi yang diberinya. Niat Rizal cuma mahu bergurau, bukan tidak pernah mereka bergurau seperti itu, namun kali ini entah mengapa Hisyam begitu sensitif.
Hisyam pantas menyeberang jalan, dapat dilihat sebuah kereta dari jauh. Dalam otaknya berkira, pasti Rizal akan berhenti seketika, jadi dapatlah dia melarikan diri.
"Hisyam!!! " Rizal berlari.
" Pergi kau Rizal!! "
" Skreeettttttt!!!!! "
Tak disangka, Rizal tekad menyeberang jalan dan akhirnya dia dilanggar kereta tersebut. Hisyam berhenti. Perlahan lahan badan menoleh ke belakang.
" Ya Allah, Rizal! " Hisyam meluru ke arah Rizal. Pemandu kereta itu, Pakcik Salleh pantas meminta Hisyam mengangkat Rizal masuk ke dalam kereta, supaya cepat dihantar ke hospital. Hisyam memapah Rizal, Rizal dibaringkan di atas pangkuannya.
***
" Maafkan saya. Rizal tak dapat diselamatkan." Doktor Zikri menggeleng kepala. Hisyam tersedu sedan mendengar berita itu.
" Maafkan aku Rizal. "
" Eh Adam, sudahlah. Mari masuk kelas. Jangan asyik berangan sahaja. " Hisyam memaut bahu Adam. Adam menurut langkah Hisyam.
***
Setahun berlalu ...
" Adam. " Hisyam mencuit Adam menggunakan penselnya. Adam diam tak berganjak.
" Adam.! " Nada suara ditinggikan. Suasana masih sunyi.
" Woiiii lagi 3 bulan nak UPSR ooi!! Jangan asyik berangan! " Hisyam bertindak lebih ekstrem. Bahu Adam digoncang kuat.
Adam bangkit. Bola takraw di penjuru bilik dicapai. " Jom, sekali sekala kena main juga. Tak adalah otak aku tepu. " Hisyam membontoti Adam menuju ke halaman rumah.
***
" Sepak tinggi lagi Hisyam! " Adam mencabar Hisyam. Kaki Hisyam dihayun tinggi. Bola takraw melayang tinggi, mendarat mengenai kepala Adam.
" Aduh! " Adam terjatuh, kesan bola yang terlalu kuat menghentak kepalanya.
" Adam! " Hisyam kelam kabut menuju ke arah Adam. Adam dipapah, kaki menuju masuk ke dalam rumah kayu yang besar itu.
" Eh eh, kenapa ini?" Puan Adawiyah meluru ke arah anaknya.
" Maaf makcik. Tadi Adam ajak saya main sepak takraw. Saya tersepak kuat sangat, bola takraw melantun terkena kepala Adam. " Hisyam menunduk.
" Tak apalah Hisyam. Mak cik tahu kamu tak sengaja." Hisyam yang membontoti Puan Adawiyah memapah Adam masuk ke bilik diusap kepalanya. Adam dibaringkan di atas katil. Hisyam meminta diri sebelum pulang. Dia berjanji akan melawat Adam esoknya.
Official Fanpage
Hey readers!!! Good news! Sempena meraikan pageviews aku yang HAMPIR mencecah 4000, sebuah fanpage telah ditubuhkan. (aku tak tau nak guna perkataan apa sebenarnya)
Jeng jeng jeng! Princess AK's Blog Fanpage
Saya meminta kerjasama para pembaca agar mengelike fanpage saya ini. Setiap like amat dihargai. Terima kasih atas like yang diberikan :) Blogwalking.
Aku rasa nak start berblog-walking la :D Sebab ramai yang berblogwalking kat blog aku dan diorang meninggalkan jejak di komen mahupun cbox.
Jika aku berblog walking, maka senanglah blog aku naik pageviewsnya, dan meningkatlah juga followersnya.
Untung untung ada segmen giveaway, bolehlah join. Nak jugak aku menang segmen giveaway ni sekali dua :) Kalau ada bajet lebih, aku pun bercadang nak buat give away jugak ! :D
Tapi mungkin kena cari sponser, tak pun kumpul duit sendiri beli hadiah. Mungkin :D
Hope I'll succes!
Pemenang Peraduan Online Bulan Mei
Jeng Jeng!
Pemenang Peraduan Online Bulan Mei by Abang Haziq Ridzuan telah diumumkan!
Namun begitu, amat mengecewakan kerana sekali lagi Princess AK tidak berjaya meraih hadiah dalam peraduan ini.
Apa apapun, tahniah kepada pemenang!!!
:D Pemenang : Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah by Nisa
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim...
Nisa mengumumkan,
Dimenangi oleh blogger yang bernombor link :
TAHNIAH !
Kepada para pemenang bertuah, sila tuntut hadiah anda dengan menaip ;
"Pemenang SBHB no___ " serta
Nama, Alamat & No. Telefon
dan hantar ke
Email : mdmnissa@gmail.com
atau
Whatsapp/Telegram : 014-9232129
Untuk makluman anda, TIADA tarikh TAMAT tuntutan hadiah bagi para pemenang.
Nisa akan teruskan proses pengeposan hadiah, setelah mendapat butiran lengkap dari anda.
Akhir sekali, Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang menyertai dan memeriahkan
1st Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah dari Nisa.
Nantikan Segmen seterusnya dari Nisa untuk anda semua, Insha Allah! Teruskan support nisa di wanhanisahwanmat.blogspot.com
Terima Kasih!
I Love You Olls! ^_^
Agak sedih bila tak menang.
It's okay, boleh cuba lain kali :)
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!!
* Sabtu ni nak buat blogwalking*
Tak silap aku, EM ada follow blog Aku Kau dan Sesuatu tu. Kalau tak silap la :v
Credits! |