Princess AK, who? ![]() Assalamualaikum, Hi to all. I am Princess AK the owner of the blog. Don't forget to follow my blog! Thanks for visited my blog! I'll follow and visit you back! Leave your footprint! ![]() Tinggalkan korang punya tapak kaki kat sini. :) DO NOT! - No harsh words to each other - Do not fighting to each other DO - Sopan santun - Guna bahasa yang baik :) You May Do - You can bash me. - You can hate me. BUT YOU CANT DO IT TO OTHER VISITOR. Thank you!
| We Are Dreemers Entri kali ni,aku ambik yang ada dekat blog aku lagi satu :3 My Blog Hihu ! Assalamualaikum ! (jangan tanya kenapa Aini suka sangat tulis Hihu :3 ) Semalam,hari yang Aini tunggu sangat sangat! Sebab apa tau ? Sebab~ teruskanlah baca k ! v Tekan Read More dekat bawah ni k ! Read more » Labels: DC, DreEMers, Encik Mimpi Mr Arrogant Vs Encik Mimpi Hai korang! Hari ni aku nak share dengan korang,satu cerpen yang superb gila ! Credit to : Kak Yana ! ^^ Seorang Dreemers yang bagi aku seriously berbakat gila . ^^ Kay ~ Bacalah cerpen ni and hayatinya :)
HUJUNG MINGGU sememangnya cukup membosankan bagi pelajar IPT seperti aku dan rakan-rakan serumahku.Aku yang sedang sibuk menyiapkan manuskrip novel mengerling sekilas ke arah rakan-rakanku.Adila dan Tiara sibuk bermain video game manakala Ismi dan Izyan sibuk pula menyiapkan assignment.Nanie?Entah apa yang dia buat di tingkat atas.Bergayut dengan boyfriend barangkali.
"Dila,Tiara,korang tak bosan ke asyik main game je?Jadilah macam Ismi ke,Izyan ke,okaylah jugak mata aku memandang.." "Shut up you!Aku tengah busy ni.."balas Adila tanpa memandang ke arahku. Geram pulak mendengar jawapannya.Tanganku pantas mengambil bantal kecil disebelahku lantas membalingnya tepat mengenai kepala Adila.Eh,tak sangka aku berbakat!Haha "Yana!Kau tengok aku dah kalah.Urgh!!"marah Adila "So what??"Aku menayangkan muka selamba. Adila pantas mengambil bantal tersebut lantas dibaling ke arahku.Dengan cekap aku menyambutnya.Aku sempat menjelirkan lidah ke arahnya. "Tiara,tolong aku bunuh minah ni!" Tiara terus membantu Adila meneruskan balingan ke arahku.Dua lawan satu?Di manakah keadilan?Aku terus menyorok di belakang sofa. "Woi,apa bising ni?Aku tak feel nak call pakwe.."Tiba-tiba Nanie turun. "Nanie,help me!!"Aku meminta pertolongan Nanie. "Korang main baling bantal tak ajak aku pun..Yana,aku team kau!"Nanie terus turun.Akhirnya aku dapat kawan.Yeah! Kami meneruskan aktiviti membaling bantal,namun ianya terhenti tatkala kedengaran deruman enjin lori yang berhenti di halaman rumah kosong di sebelah rumah sewa kami.Jiran baru ke? Tanpa menunggu kami terus memakai tudung dan keluar untuk melihat siapakah jiran baru itu. "Eh,ada jiran barulah.."ujarku apabila melihat beberapa orang lelaki sibuk mengangkat barang dan dibawa masuk ke dalam rumah kosong itu. "Aahlah..Lelaki ke perempuan?Ke dah kahwin?"Nanie menyampuk. "Isyh kau ni.Kalau lelaki kaulah yang paling suka kan??" Adila menunjal kepala Nanie dengan jari telunjuknya. "Woi,bapak aku bayar zakatlah!" "Wei,senyaplah.Perangai macam budak kecik je.."Ismi yang senyap sedari tadi bersuara. Nanie dan Adila terus terdiam.Sememangnya mereka takut dengan Ismi kerana gadis itu serius orangnya. Tiba-tiba seorang lelaki segak berbaju merah masuk ke perkarangan rumah itu. "Assalamualaikum."sapaku lembut."Baru pindah sini ke?" "Waalaikumussalam.Eh,taklah.Baru nak keluar dari sini.."balasnya acuh tak acuh. "Sindir nampak?Muka je macho,tapi sombong.."mulut Tiara laju menuturkan ayat tersebut. "Encik jangan sombong sangatlah.Mujurlah kami nak tegur.Aish,orang sekarang tak tahu dek untung.."sampuk Adila. "Betul tu!!"Aku,Nanie dan Izyan menyokong. "Encik,kalau setakat muka je macho tapi perangai KO,baik tak payah.."ujar Ismi selamba. Kami terkedu mendengar kata-kata Ismi itu.Hoho!Pedas gila.Selepas itu kami tergelak melihatkan raut wajah lelaki itu yang tampak kemerahan. "Padan muka Mr.Arrogant!!"ujarku lantas menapak masuk ke dalam rumah diikuti oleh rakan yang lain.
*************************
Labels: Cerpen, Encik Mimpi, Kak Yana, Mr Arrogant Credits! |